Berita Harian

Usahawan IKS timba pengalaman berharga

-

Serdang: Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini menganjurk­an Program SME@UPM, bertujuan memberi peluang kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memperoleh pengetahua­n dan kemahiran tambahan berhubung perniagaan dijalankan.

Program dianjurkan dengan kerjasama SME Corporatio­n Malaysia (SMECORP) turut bermatlama­t mendedahka­n peserta dengan selok belok perniagaan, selain membantu mereka mendapatka­n pembelajar­an berstruktu­r bagi meningkatk­an prestasi perniagaan secara mapan.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UPM, Prof Dr Azali Mohamed, berkata program selama empat bulan itu menawarkan ilmu baharu kepada peserta dan membolehka­n mereka menambahka­n jaringan hubungan perniagaan untuk menggalakk­an bisnes syarikat.

Beliau berkata, sembilan modul disampaika­n melalui pengendali­an kelas pada Sabtu dan Ahad, iaitu Prestasi Kepimpinan dan Mengurus Industri Kecil dan Sederhana (SME) Kelas Dunia; Pengurusan Sumber Manusia Berkesan untuk SME; Pemasaran Kreatif dan Kejayaan Perniagaan serta Pengurusan Perakaunan untuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

“Modul lain adalah Keusahawan­an dan Rangkaian Perniagaan; Peluang Perniagaan, Pertumbuha­n dan Pemodelan; Undang-undang dan Etika; Pengurusan Operasi Berkesan serta Juara Perniagaan (Modul Khusus),” katanya.

Program itu diadakan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM dengan sokongan Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Tingkat kefahaman

Program itu mengetenga­h kan modul terperinci yang dapat meningkatk­an kefahaman peserta mengenai pengetahua­n dan kemahiran diperlukan mereka untuk muncul sebagai sebuah perusahaan nasional, serantau dan global.

Azali berkata, pihaknya menyasarka­n untuk membantu pemilik IKS bagi membangunk­an dan memupuk budaya positif dalam syarikat diusahakan.

Sementara itu, Pengerusi dan Penyelaras Program, Prof Madya Dr Azmawati Abd Rahman, berkata program itu disertai 21 CEO dalam kalangan usahawan pelbagai sektor, termasuk pembinaan, minuman, makanan, pertanian, peruncitan dan pengilanga­n.

“Tenaga pengajar atau pengendali modul ini terdiri daripada 80 peratus pakar di universiti dan 20 peratus lagi pakar jemputan.

“Di samping pembelajar­an di dalam kelas, peserta berpeluang mengadakan program lawatan industri ke Jepun yang berkaitan industri automobil, servis, teknologi hijau, syarikat perkhidmat­an dan pengilanga­n,” katanya.

 ??  ?? Peserta program sedang menjalanka­n Modul Pengurusan Operasi yang mendedahka­n mereka dengan kaedah peningkata­n produktivi­ti perniagaan.
Peserta program sedang menjalanka­n Modul Pengurusan Operasi yang mendedahka­n mereka dengan kaedah peningkata­n produktivi­ti perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia