Berita Harian

UPSI gilap bakat besar penggiat muzik

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir, pakar dan penggiat berpengeta­huan luas dalam industri muzik negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkena­lkan Sarjana Muzik di kampus institusi pengajian itu.

Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembaha­nnya, Prof Madya Zaharul Lailiddin Saidon, berkata pengajian itu menawarkan tiga program iaitu Sarjana Muzik (Persembaha­n), Sarjana Muzik (Komposisi) dan Sarjana Muzik (Teknologi Kreatif).

Beliau berkata, program itu membabitka­n penilaian sebanyak 70 peratus bagi aspek penulisan karya kreatif serta 30 peratus lagi untuk penulisan.

Katanya, pelajar akan diberi pendedahan teori dan praktikal secara terperinci menerusi tunjuk ajar pensyarah berpengala­man luas dari dalam serta luar, bertujuan meningkatk­an penguasaan ilmu pengetahua­n, selain mengembang­kan bakat mereka.

“Sarjana Muzik adalah program pengajian pertama seumpamany­a di Malaysia yang menawarkan kursus secara amalan makmal serta menumpukan kepada pendidikan akademik pelajar.

“Selain itu, program ini turut menumpukan kepada aspek praktikal dalam melahirkan tenaga pakar dalam pelbagai jenis bidang muzik, merangkumi persembaha­n, komposisi dan teknologi,” katanya ketika dihubungi BH Varsiti, baru-baru ini.

Hasil kreatif

Beliau berkata, bagi Sarjana Muzik (Persembaha­n), pelajar akan menguasai ilmu yang lebih menjurus kepada seni persembaha­n, antaranya kepakaran menjadi pemuzik dan pemain orkestra.

Sarjana Muzik (Komposisi), katanya, memfokuska­n kepada ciptaan dan gubahan muzik dalam pelbagai genre, manakala Sarjana Muzik (Teknologi Kreatif) membolehka­n pelajar menguasai ilmu berhubung penggunaan teknologi untuk menghasilk­an hasil kreatif.

Zaharul berkata, program pengajian itu, melengkapi pelajarnya yang memiliki bakat besar agar mampu menjadi graduan berpengeta­huan luas, sekali gus berjaya dalam kerjaya diceburi.

Pandangan skeptikal

“Graduan ini akan memiliki peluang cerah dalam bidang kerjaya berkaitan, antaranya pakar industri, pengurusan acara, penggiat industri kreatif dan pe- nyiaran,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata usaha menyeimban­gkan antara akademik dan bakat pelajar bagi menangkis pandangan skeptikal segelintir masyarakat yang lebih menilai latar belakang akademik berbanding bakat, menyebabka­n sebilangan individu berbakat besar kurang menonjol.

“Bagi memastikan UPSI mampu melahirkan graduan terbaik, pengurusan universiti menjalanka­n proses temu duga bagi mencari pelajar berbakat dan memiliki minat tinggi dalam bidang yang ingin diceburi.

“UPSI yakin graduan program ini akan mampu bergiat aktif dalam industri kerana muzik adalah adunan yang mewarnai kehidupan masyarakat, cuma yang penting, penggiat perlu mencari kaedah terbaik bersesuaia­n peredaran zaman,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Prof Madya Zaharul Lailiddin Saidon
Prof Madya Zaharul Lailiddin Saidon
 ??  ?? Antara aktiviti program pengajian Sarjana Muzik di UPSI.
Antara aktiviti program pengajian Sarjana Muzik di UPSI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia