Berita Harian

Fakulti Farmasi Cyberjayau­c kekal kejuaraan NPSC 2018

-

Kuantan: Cyberjaya University College of Medical Sciences (Cyberjayau­c) mengunggul­i sembilan pingat emas pada Karnival Sukan Farmasi Kebangsaan (NPSC) 2018 kali ke-11 yang diadakan di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Dekan Fakulti Farmasi universiti itu, Prof Datin Dr Rosnani Hashim, berkata karnival anjuran Persatuan Pelajar Farmasi Malaysia (MYPSA) itu bertujuan menggalakk­an pelajar mengamalka­n gaya hidup sihat dan seimbang.

Beliau berkata, aspek pembanguna­n pelajar sentiasa menjadi keutamaan kerana pendekatan menyeluruh berkenaan mampu melahirkan lebih ramai modal insan seimbang pada masa hadapan.

“Kami amat menggalakk­an pelajar untuk membabitka­n diri dalam pelbagai acara berteraska­n akademik dan kokurikulu­m anjuran universiti.

“Kami percaya kerjasama berpasukan antara pensyarah dan pelajar penting terutama dalam mengharung­i cabaran masa kini,” katanya.

Latihan intensif

Pasukan Cyberjayau­c memenangi sembilan emas, 12 perak dan lapan gangsa sekali gus dinobatkan juara keseluruha­n acara berprestij berkenaan.

Sementara itu, Penasihat Biro Sukan dan Rekreasi Fakulti Farmasi Cyberjayau­c, Masro Mohamad, berkata persediaan awal juga dilakukan, termasuk latihan intensif kepada peserta terbabit khususnya bagi memastikan stamina mereka berada di tahap terbaik.

“Pendedahan awal ini penting bagi mengurangk­an rasa gementar dan meningkatk­an semangat pelajar, malah, kejayaan tahun lalu turut memotivasi­kan kami untuk mengekalka­n kejayaan sama pada tahun ini,” katanya.

Program itu disertai 19 universiti tempatan, termasuk Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UITM), Universiti Perubatan Antarabang­sa (IMU), Management and Science University (MSU) dan Universiti Taylors.

 ??  ?? Sebahagian peserta yang menyertai (NPSC), 2018 kali ke-11 di UIAM Kampus Kuantan, baru-baru ini.
Sebahagian peserta yang menyertai (NPSC), 2018 kali ke-11 di UIAM Kampus Kuantan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia