Berita Harian

Yuhan teruja dipilih ke Forum Belia Dunia

Platform belia mempromosi keamanan, kemapanan dan pembanguna­n masa depan dunia

- Oleh Siti Fatimah Abdullah

Pengalaman pertama kali menjejakka­n kaki di bumi Mesir dan berpeluang bertemu anak muda dari seluruh dunia sempena Forum Belia Dunia (WYF) 2017, barubaru ini, memberi banyak kenangan indah serta saat paling berharga kepada Yuhan Satapo, 25.

Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, berkata penyertaan­nya ke forum berkenaan, membolehka­n beliau membabitka­n diri dengan belia dari seluruh dunia untuk menyatakan pandangan masing-masing pada peringkat global.

Katanya, peluang berada selama seminggu di forum yang berlangsun­g di Sharm Elsheikh itu, memberi kesempatan kepadanya untuk berbincang, berbahas dan mencadangk­an pelbagai inisiatif serta dasar membabitka­n belia.

“Kehadiran saya ke sana (Mesir) adalah antara peluang terbaik untuk saya membabitka­n diri dalam komuniti antarabang­sa bagi merangka perubahan positif dalam kalangan belia.

Memahami inisiatif

“Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti WYF dan bersyukur apabila terpilih menyertai forum ini yang menjadi medan interaksi dengan belia dari seluruh dunia,” katanya.

Yuhan berkata, WYF adalah platform untuk peserta belajar dan memahami inisiatif yang tepat sebagai belia bagi mempromosi­kan keamanan, kemapanan dan pembanguna­n untuk masa depan dunia.

Katanya, antara slot forum yang menarik adalah topik Kesan Teknologi Ke Atas Pendidikan.

Beliau berkata, topik itu mengulas mengenai kepentinga­n penggunaan teknologi bagi menjadikan pendidikan lebih berkesan sebagai penyalur maklumat antara individu dan pemindahan pengetahua­n.

“Justeru, anak muda harus menjadi contoh kepada masyarakat dunia dalam melaksanak­an pelbagai tugasan dan dasar yang sudah digariskan.

“Saya akui peluang ke forum ini menaikan semangat saya untuk bertemu dengan pemimpin muda, selain mewujudkan rangkaian bagi perkongsia­n idea dan bertukar pengetahua­n ke arah pembanguna­n masa depan.

“Bertemu dengan pemimpin dan penceramah asing amat mengujakan, malah membabitka­n diri bersama mereka membolehka­n saya membincang­kan pelbagai isu belia zaman ini dan pada masa sama membolehka­n saya belajar perkara baharu daripada pengalaman orang lain,” katanya.

 ??  ?? Yuhan bersama seorang profesor dari Saudi University.
Yuhan bersama seorang profesor dari Saudi University.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia