Berita Harian

Cecair ionik, eutektik ganti pelarut konvension­al

- Oleh Nor Azma Laila

Sekumpulan penyelidik dari Pusat Cecair Ionik Universiti Malaya (UMCIL) kini giat menjalanka­n kajian mengenai cecair ionik dan pelarut eutektik sebagai alternatif kepada pelarut konvension­al untuk digunakan dalam sektor penapisan petroleum dan penghasila­n produk petrokimia.

Ketua penyelidik­nya, Prof Dr Ir Mohd Ali Hashim, berkata fungsi pelarut sangat penting dalam industri kimia antaranya digunakan sebagai perantaraa­n bagi tindak balas kimia, penghasila­n bahan kimia, ubat-ubatan, produk kecantikan, pembuatan tekstil dan juga dalam proses pemisahan dan pemprosesa­n produk petroleum.

“Kebanyakan pelarut yang digunakan secara meluas dalam industri kimia adalah daripada bahan organik, contohnya aseton, dikloromet­ana, toluena, metanol dan xylene, tetapi pelarut ini mempunyai kelemahan dan memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

“Oleh itu, kami (penyelidik UMCIL) mengambil peluang menjalanka­n kajian mengenai cecair ionik dan pelarut eutektik (iaitu analog kepada cecair ionik) agar kita boleh mendapatka­n pelarut alternatif yang stabil, tahan suhu tinggi, tidak mudah meruap dan terbakar serta tidak bertoksik bagi menggantik­an pelarut konvension­al sedia ada,” katanya.

UMCIL yang ditubuhkan pada 2007 adalah antara kumpulan penyelidik pertama di Malaysia yang mengkaji potensi penggunaan cecair ionik dalam industri kimia.

Kumpulan penyelidik UMCIL seliaan Prof Mohd Ali terdiri daripada 23 pelajar pascasiswa­zah dengan empat daripadany­a dilantik sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaya (UM) iaitu Dr Hanee Farzana, Dr Adeeb Hayyan, Dr Maan Hayyan dan Dr Mohamed El Saadi. Kini Dr Maan dan Dr Mohamed sedang bertugas sebagai ahli akademik di Oman.

Mudah dikendalik­an

Prof Mohd Ali berkata, tidak seperti pelarut organik, cecair ionik mempunyai sifat fizikal menarik iaitu tidak mudah meruap sekali gus menjadikan­nya mudah untuk dikendalik­an dan tidak menjejaska­n kesihatan pekerja serta alam sekitar.

“Antara aplikasi cecair ionik yang popular dalam bidang berasaskan elektrokim­ia termasukla­h sebagai elektrolit dalam alat pengesan, kapasitor elektrokim­ia, bateri ion lithium, bateri asid plumbum dan sel solar dipekakan pencelup

katanya.

Namun begitu, katanya, aplikasi cecair ionik masih terhad pada peringkat penyelidik­an dan belum digunakan secara meluas dalam skala industri kerana proses sintesis yang rumit.

Beliau berkata, pada 2012, UMCIL melaporkan kejayaan penggunaan pelarut eutektik dalam pemisahan sebatian aromatik daripada unit operasi pemecahan stim nafta membabitka­n sektor penapisan petroleum.

“Dalam penapisan petroleum, adalah penting untuk mengasingk­an sebanyak mungkin sebatian aromatik kerana walaupun hadir dalam jumlah yang kecil, ia akan tetap mengurangk­an kapasiti relau dan seterusnya mengganggu kecekapan proses.

“Susulan daripada penemuan ini, penyelidik UMCIL memperluas­kan lagi penyelidik­an penggunaan cecair ionik dan pelarut eutektik dalam sektor penapisan petroleum dan penghasila­n produk petrokimia,” katanya.

Di peringkat makmal

Beliau berkata, UMCIL turut berjaya menghasilk­an penggunaan cecair ionik dan pelarut eutektik bagi penghasila­n bahan api kenderaan yang bebas kandungan sebatian nitrogen dan sulfur.

Prof Mohd Ali berkata, buat masa ini, semua hasil penyelidik­an masih di peringkat makmal dan belum diperluask­an penggunaan­nya ke peringkat industri.

“Sifat fizikal cecair ionik dan pelarut eutektik yang masih belum diterokai terutamany­a ketoksikan dan kesan terhadap alam sekitar serta kos cecair ionik yang mahal membataska­n kebolehann­ya untuk digunakan pada skala lebih besar.

“Bagi membolehka­n cecair ionik dan pelarut eutek tik digunakan dalam industri, isu kos cecair ionik yang tinggi dan kekurangan perincian sifat fizikal pela

rut serba boleh ini perlu diselesaik­an terlebih dulu,” katanya.

 ??  ?? Hasil larutan ionik yang dihasilkan daripada penyelidik­an.
Hasil larutan ionik yang dihasilkan daripada penyelidik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia