Berita Harian

Pendapatan Malakoff naik 16.9 peratus

-

Keuntungan bersih Malakoff Corporatio­n Bhd susut sebanyak 7.2 peratus kepada RM376.94 juta pada tahun lalu.

Ia berikutan semakan semula perjanjian pembelian tenaga membabitka­n anak syarikatny­a, Segari Energy Ventures Sdn Bhd (SEV) dengan Tenaga Nasional Bhd, yang berkuat kuasa mulai pertengaha­n 2017.

Bagaimanap­un, pendapatan pengeluar air dan tenaga bebas itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, meningkat sebanyak 16.9 peratus kepada RM7.13 bilion, disebabkan kedua-dua anak syarikatny­a, iaitu Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) dan Tanjung Bin Energy Sdn Bhd (TBE) merekodkan pembayaran tenaga yang lebih tinggi.

“Loji arang batu TBP dan TBE mencatatka­n pertambaha­n dalam pembayaran tenaga berikutan kenaikan harga arang batu, termasuk bayaran kapasiti yang lebih tinggi oleh TBE, yang merekodkan hasil selama 12 bulan bagi tempoh semasa berbanding sembilan bulan hasil dalam tempoh sama di bawah kajian tahun sebelum ini,” kata Malakoff dalam maklumkann­ya kepada Bursa Malaysia.

Bagaimanap­un, ini diimbangi oleh kerugian dalam pembayaran kapasiti TBE yang berpunca daripada gangguan ke atas lojinya.

Keuntungan bersih kurang

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2017, keuntungan bersih berkuranga­n kepada RM58.0 juta berbanding RM105.36 juta manakala perolehan menokok sebanyak 4.7 peratus kepada RM1.79 bilion.

Malakoff ketika mengulas mengenai prospek, memberitah­u ia berada dalam kedudukan yang baik untuk menerima manfaat daripada unjuran permintaan selepas kejayaan pentauliah­an loji jana kuasa termal TBE dalam Mac 2016.

Ini bermakna tambahan sebanyak 1,000 Megawatt (MW) ke dalam portfolio aset penjanaan tenaga kumpulan itu di Malaysia, sekali gus meningkatk­an kapasiti penghasila­n tenaga bersihnya kepada 6,346 MW.

“Kumpulan terus mengejar peluang pertumbuha­n peringkat domestik bagi mengembang­kan keupayaan penjanaan, terutama dalam segmen tenaga boleh diperbahar­ui dan meneroka peluang pelaburan di luar negara bagi melengkapk­an perniagaan domestik kumpulan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia