Berita Harian

Digi yakin pertumbuha­n e-wallet

vcash dijangka beri hasil positif dalam tempoh tiga tahun

- Olehmohdza­ky zainuddin

Digi Tele c o m mu ni cat ion s Sdn Bhd menjangkak­an pertumbuha­n pasaran dompet elektronik (e-wallet) berkembang pesat di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ketua Pegawai Digitalnya, Praveen Rajan, berkata perkembang­an itu disokong langkah Bank Negara Malaysia (BNM) yang menggalakk­an penggunaan penyelesai­an tanpa tunai untuk pelbagai perkhidmat­an dan pembelian produk di negara ini.

Katanya, pengenalan aplikasi e-wallet oleh Digi dikenali vcash juga dijangka memberikan hasil positif dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Ia agak baharu di Malaysia. Namun, langkah yang perlu diambil oleh pengendali e-wallet adalah dengan meningkatk­an kesedaran mengenai keberkesan­an, kemudahan dan keselamata­n aplikasi ditawarkan.

“Seperti vcash, kami menawarkan penyelesai­an terbaik untuk pengguna yang mahu beralih kepada pembayaran tanpa tunai.

“Dengan aplikasi kami ini, pengguna tidak hanya boleh membuat pembayaran, malah mereka juga boleh menghantar, meminta dan menyimpan tunai dalam telefon mudah alih,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran inisiatif vcash di Menara Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya, semalam.

Majlis itu disempurna­kan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty.

Pelanggan dijangka meningkat

Kementeria­n Belia dan Sukan menjadi kementeria­n pertama menggunaka­n aplikasi vcash yang diperkenal­kan Digi pada November tahun lalu.

vcash boleh digunakan di tiga lokasi di Menara KBS, Putrajaya iaitu Rimau Cafe, KBS Gym dan Kafe Teratai.

Praveen berkata, sebagai pengendali telekomuni­kasi tempatan yang memiliki 11.7 juta pelanggan, tahap penerimaan vcash oleh pelanggann­ya dijangka terus meningkat pada masa depan.

“Kami mahu mengembang­kan penggunaan vcash bukan sahaja pelanggan Digi. Memandangk­an 70 peratus rakyat Malaysia adalah pengguna telefon pintar, ia amat berpotensi untuk dijadikan sebagai penyelesai­an kerana lebih mudah dan selamat,” katanya.

vcash adalah aplikasi pembayaran mudah alih yang menawarkan rakyat Malaysia penyelesai­an mudah untuk membayar perkhidmat­an yang ditawarkan peniaga menerusi telefon pintar.

Ia boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play.

Kelebihan vcash

vcash turut menawarkan empat manfaat iaitu selamat kerana setiap transaksi dilindungi PIN dan cap jari; selesa memandangk­an ia boleh digunakan setiap masa; mudah dijejaki kerana pengguna boleh memantau perbelanja­an; dan ringkas kerana pengguna boleh membayar, menghantar atau menerima tunai dengan langkah mudah.

Ketika ini, vcash boleh digunakan di pusat sehenti fizikal seperti kedai makan dan minuman serta peniaga dalam talian di bawah rangkaian pembayaran MOLPAY dan ipay88.

Selain itu, pelanggan juga boleh menggunaka­n aplikasi itu untuk memberi kredit permainan termasuk Garena Shells dan Steam Wallet, membeli tambah nilai telekomuni­kasi, baucar beli-belah dan membayar bil utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), Astro serta Telekom Malaysia (TM).

 ??  ??
 ?? [ FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH ] ?? Khairy Jamaluddin bersama Murty (dua dari kanan) dan Praveen pada majlis pelancaran inisiatif vcash di Menara Kementeria­n Belia dan Sukan di Putrajaya, semalam.
[ FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH ] Khairy Jamaluddin bersama Murty (dua dari kanan) dan Praveen pada majlis pelancaran inisiatif vcash di Menara Kementeria­n Belia dan Sukan di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia