Berita Harian

SME Bank menang dua anugerah ADFIAP

-

SME Bank memenangi dua anugerah pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Institusi Kewangan dan Pembanguna­n di Asia serta Pasifik (ADFIAP) Ke-41 yang diadakan di New Delhi, India pada 20 Februari hingga hari ini.

Anugerah yang dimenangi SME Bank adalah bagi Kategori Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk program TV SUKSES dan Anugerah Laporan Kemampanan Terbaik.

SME Bank berkata, SUKSES adalah rancangan bual bicara yang menyingkap kisah kejayaan usahawan tempatan, berita terkini mengenai SME Bank serta berita pembanguna­n umum di dalam industri PKS.

“Anugerah kedua yang diterima SME Bank adalah bagi Laporan Kemampanan Terbaik, iaitu sebuah testimoni terhadap usaha bank untuk menjadi sebuah organisasi yang teguh dan mampan serta berkhidmat untuk kesejahter­aan komuniti.

“ADFIAP Ke-41 bertemakan “Menggalakk­an Pembanguna­n Menyeluruh dan Mampan - Fungsi Institusi Kewangan Pembanguna­n (IKP)”, katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

131 anggota ADFIAP

Tema berkenaan dipilih untuk memberi penekanan kepada IKP di seluruh dunia mengenai keperluan memastikan pembanguna­n lestari yang antara lain dapat menentukan keseimbang­an ekonomi, sosial, dan aspek persekitar­an apabila membiaya atau melabur di dalam projek.

ADFIAP adalah pusat untuk semua bank pembanguna­n dan institusi kewangan yang terbabit di dalam pembiayaan kewangan pembanguna­n di dalam kawasan Asia-pasifik.

Sejak ditubuhkan pada 1976, ADFIAP kini mempunyai 131 anggota di 45 negara.

Misinya adalah meneruskan pembanguna­n kewangan yang mampan melalui ahlinya, sementara Bank Pembanguna­n Asia adalah ahli khas dalam persatuan ini.

 ??  ?? Ketua Pegawai Operasi (Perbankan) SME Bank, Datuk Kamaluddin Ismail (kiri) menunjukka­n dua anugerah yang dimenangi pada ADFIAP Ke-41 di New Delhi, India, semalam.
Ketua Pegawai Operasi (Perbankan) SME Bank, Datuk Kamaluddin Ismail (kiri) menunjukka­n dua anugerah yang dimenangi pada ADFIAP Ke-41 di New Delhi, India, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia