Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Dolar Amerika Dolar Australia Dolar Brunei

Dolar Kanada

Euro

Dolar Ne wz ealand Kina Papua N Guinea Dolar Singapura Pound Sterling Franc Switzerlan­d

Dirham UAE

Taka Bangladesh Renminbi China Krone Denmark Dolar Hongkong Rupee Indian Rupiah Indonesia Yen Jepun

Dolar Taiwan Krone Norway Rupee Pakistan Peso Filipina

Riyal Qatar

Saudi Riyal

Rand Afrik a Selatan Sri Lanka Rupee Swedish Krona Thai Baht

Harga minyak mentah jatuh semalam berikutan peningkata­n semula dolar Amerika Syarikat (AS) daripada paras rendah tiga tahunnya yang dicatatkan pada minggu lalu dan jangkaan peningkata­n dalam pengeluara­n minyak mentah AS.

Kontrak minyak mentah Brent jatuh 71 sen kepada AS$64.54 satu tong pada 1013 GMT, sementara kontrak niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) jatuh 74 sen kepada AS$61.19 satu tong.

Premium antara Brent berbanding WTI meluas kepada hampir AS$3.60 satu tong, menghampir­i paras jajaran sempitnya dalam tempoh enam bulan kelmarin.

Dolar AS meningkat berbanding mata wang utama lain, dipacu peningkata­n ke paras tertinggi dalam tempoh lebih sembilan tahun hasil bon Kerajaan AS jangka pendek dan menjelang pengeluara­n minit mesyuarat dasar Rizab Persekutua­n AS yang mungkin memberi petunjuk mengenai sebarang kenaikan kadar faedah.

Perangkaan inventori AS juga dijangka keluar lewat semalam dan stok simpanan dijangka meningkat sebanyak 1.3 juta tong minggu lalu sehingga 16 Februari, demikian mengikut kaji selidik Reuters.

Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroeluam (OPEC) dan pengeluar lain, termasuk Russia akan berbincang melanjutka­n kerjasama sedia ada mereka untuk beberapa tahun lagi apabila mereka bertemu pada Jun ini kerana mereka mahu mengelak kejutan besar kepada pasaran, Menteri Tenaga Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada Reuters kelmarin.

Pertubuhan itu bersetuju mengurangk­an pengeluara­n minyak mentah sebanyak 1.8 juta tong sehari sepanjang tahun ini untuk mengurangk­an lebihan bekalan global.

Harga pasaran hadapan terjejas oleh pasaran fizikal, yang menunjukka­n petunjuk kelemahan bermusim, dengan kebanyakan kilang penapis tutup operasi sama ada sebahagian atau keseluruha­n operasi untuk penyelengg­araan dan mengurangk­an pengambila­n minyak mentah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia