Berita Harian

FBM KLCI menokok 2.18 mata

Sokongan belian pacu Bursa Malaysia ditutup tinggi

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi dalam dagangan kecil dan berhati-hati, selain sokongan belian yang seiringan dengan aktiviti pengambila­n untung sepanjang sesi semalam, kata peniaga.

Ketika ditutup, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.18 mata kepada 1,858.17 selepas bergerak dalam lingkungan 1,852.14 dan 1,860.43 dalam sesi dagangan.

Ia dibuka 1.94 mata lebih rendah kepada 1,855.38 berbanding 1,855.99 ketika ditutup pada Selasa.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi, iaitu 605 berbanding 330 dengan 391 kaunter tidak mencatat sebarang perubahan, 574 tidak diniagakan manakala 29 lain digantung.

Jumlah dagangan tidak berubah pada 2.28 bilion unit bernilai RM2.53 bilion berbanding 2.28 bilion saham bernilai RM2.10 bilion, sebelum ini.

Peniaga berkata, prestasi bursa tempatan itu menjejaki saham Asia yang kebanyakan­nya ditutup tinggi dan mengekang kesan kerugian semalaman yang dicatatkan Wall Street.

Wall Street mengakhiri aliran peningkata­nnya selama enam hari berturut-turut susulan keputusan mengecewak­an Walmart Inc, selain aktiviti jualan membabitka­n saham teknologi pada saat-saat akhir.

Menurut peniaga, dagangan juga lebih berhati-hati berikutan pendirian pelabur yang masih menunggu makluman minit mesyuarat Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) pada mesyuarat 30 hingga 31 Januari lalu yang dijadual dikeluarka­n lewat semalam, bagi meneliti prospek membabitka­n kadar faedah negara itu.

“Pada peringkat tempatan, aktiviti belian pada saat akhir yang membabitka­n saham wajaran tinggi terbukti membantu meningkatk­an pasaran,” katanya.

Pasaran serantau pula menyaksika­n Nikkei 225 Jepun menokok 0.21 peratus kepada 21,970.81, Hang Seng Hong Kong naik 1.83 peratus kepada 31,439.04, KOSPI Korea Selatan meningkat 0.60 peratus kepada 2,429.65 manakala Indeks Straits Times Singapura menambah 1.14 peratus kepada 3,516.07.

Saham wajaran tinggi menyaksika­n masing-masing Maybank dan Petronas Chemicals menokok empat sen kepada RM10.18 dan RM8.14, Public Bank untung enam sen kepada RM22.14 manakala CIMB meningkat satu sen kepada RM7.13, namun Tenaga susut dua sen kepada RM15.70.

Bagi saham aktif, Hibiscus Petroleum rugi 1.5 sen kepada 96.5 sen, PUC dan Sapura Energy masingmasi­ng turun setengah sen kepada 27 sen dan 69 sen manakala Sino Hua-an naik satu sen kepada 57.5 sen.

Selain itu, waran Sumatec Resources dan Hibiscus juga masingmasi­ng tidak berubah pada lapan sen.

Indeks FBM Emas naik 31.48 mata kepada 13,282.28, Indeks FBMT 100 menokok 26.41 mata kepada 12,980.36 manakala FBM 70 menambah 71.08 mata kepada 16,335.13.

FBM Ace melonjak 54.81 mata kepada 6,389.14 dan Indeks FBM Emas Shariah pula menokok 25.44 mata kepada 13,600.76.

Mengikut sektor pula, Indeks Perusahaan meningkat 16.49 mata kepada 3,259.47, Indeks Kewangan naik 86.99 mata kepada 17,868.80 namun Indeks Perladanga­n susut 1.72 mata kepada 8,058.72.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkuranga­n kepada 1.27 bilion unit bernilai RM2.34 bilion berbanding 1.30 bilion unit bernilai RM1.90 bilion pada Selasa.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 333.13 juta saham bernilai RM64.83 juta daripada 297.30 juta saham bernilai RM63.18 juta, sebelum ini.

Jumlah waran juga tinggi kepada 673.62 juta unit bernilai RM119.13 juta daripada 670.29 juta unit bernilai RM139.41 juta, semalam.

Barangan pengguna menyumbang 91.34 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (341.94 juta), pembinaan (51.84 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (477.91 juta), teknologi (41.73 juta), infrastruk­tur (7.79 juta), SPAC (2.71 juta), kewangan (76.88 juta), hotel (422, 900), hartanah (117.01 juta), perladanga­n (39.19 juta), perlombong­an (134,800), REIT (21.42 juta) dan dana tertutup (sifar).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia