Berita Harian

Pasaran kembali catat keuntungan

-

Hong Kong mengetuai pasaran Asia yang ditutup tinggi semalam apabila peniaga beralih kepada pengumuman mesyuarat dasar Rizab Persekutua­n (Fed).

Pasaran kembali tenang sejak ketidakten­tuan pada awal Februari lalu yang disebabkan oleh kebimbanga­n mengenai kesan dasar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi dan hasil bon Perbendaha­raan.

Ketika tiga indeks utama New York berakhir negatif pada Selasa, peniaga Asia pula berasa yakin, sekali gus membantu dolar pulih daripada kerugian berbanding yen baru-baru ini dan kukuh berbanding euro dan pound.

Hong Kong melonjak 1.5 peratus pada sebelah petang, dirangsang oleh firma tenaga selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini dan terus menamatkan kerugian lebih sembilan peratus yang dicatatkan pada awal Februari lalu.

Nikkei Tokyo berakhir 0.2 peratus lebih tinggi. Sydney naik 0.1 peratus, Singapura menambah 1.1 peratus dan Seoul meningkat 0.6 peratus.

Wellington menambah 1.3 peratus dan Taipei yang kembali daripada rehat Tahun Baharu Cina sepanjang minggu untuk melonjak 2.8 peratus. Shanghai masih ditutup sempena cuti umum.

Minit mesyuarat Fed akan membincang­kan dengan lebih jelas mengenai pandangan ahli lembaga pengarah terhadap inflasi kenaikan AS, peningkata­n gaji dan pemotongan cukai Donald Trump yang menjadi realiti.

Ketua Perdaganga­n Asia-pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata pasaran ekuiti AS jatuh semalaman berikutan hasil Perbendaha­raan AS yang lebih tinggi memberikan pelabur lebih banyak pendapatan menerusi Indeks S&P 500.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Nikkei Tokyo turut ditutup lebih tinggi.
[ FOTO AFP ] Nikkei Tokyo turut ditutup lebih tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia