Berita Harian

Romantik bukan lakonan

Fattah, Fazura tabah hadapi kecaman netizen

- Oleh Farhana Ab Rahman

Semua orang tahu aktor kacak, Fattah Amin dan isterinya, Fazura tidak kekok mempamerka­n kemesraan baik di hadapan khalayak ramai mahupun melalui perkongsia­n pada laman sosial.

Dalam memuji, tidak kurang juga yang mengecam setiap kali pasangan sama cantik dan sama padan ini menunjukka­n sisi romantik mereka.

Mendekati Fattah, aktor tinggi lampai itu mengaku terkilan dengan mentaliti segelintir pihak yang cenderung meninggalk­an komen negatif hanya disebabkan meluat melihat kemesraan dirinya dan Fazura.

“Saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang menghina dan mengutuk tapi masih mahu melihat gambar atau video kami. Mudah saja sebenarnya, jika tidak suka, mengapa membazirka­n masa untuk tengok?

“Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini, berdoalah dan cakap saja yang baik-baik.

“Atau lebih baik berdiam diri daripada terus menerus meninggalk­an komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak,” katanya ditemui pada majlis pelancaran produk makanan gantian, MRP Diet By Fattah Amin yang diusahakan­nya di sebuah hotel di ibu negara, Jumaat lalu.

Tidak cukup itu, Fattah turut menjadi mangsa persepsi negatif yang mendakwa aktor itu semakin ‘suram’ selepas mendirikan rumah tangga.

“Ini saya tidak dapat komen... Bagi saya, semua ini terletak pada ketentuan Allah.

“Rezeki terbahagi kepada pelbagai cara, mungkin ia diberi dalam cabang berbeza,” katanya yang berjinakji­nak menceburi dunia perniagaan sebagai persediaan masa depan.

Saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang menghina dan mengutuk tapi masih mahu melihat gambar atau video kami. Mudah saja sebenarnya, jika tidak suka, mengapa membazirka­n masa untuk tengok?”

Fattah Amin

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia