Berita Harian

Bantu peminat kukuhkan kewangan

-

Melihat masalah obesiti dan kurangnya keprihatin­an masyarakat terhadap soal kesihatan, mendorong Fattah mengusahak­an produk makanan gantian.

Belum merancang memperlaha­nkan kerjaya seni, Fattah, 28, menjelaska­n, produk yang diasaskan bertujuan mengobor kesedaran gaya hidup sihat dan tanda penghargaa­n kepada peminat yang menyokong perjalanan seninya.

“Pelaburan dalam bidang perniagaan ini adalah untuk masa hadapan. Namun, buat masa ini, saya belum berhasrat memperlaha­nkan kerjaya seni.

“Kalau boleh, biarlah kedua-dua bidang ini seimbang. Saya baru berjinak-jinak untuk mengembang­kan sayap dalam bidang perniagaan,” katanya.

Akui Fattah, sejak dulu lagi, dia menitikber­atkan kepentinga­n mengamalka­n gaya hidup sihat dan pola pemakanan yang betul.

“Cuma kali ini, saya mendapat inspirasi untuk mengajak peminat bersama-sama saya. Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai masalah obesiti dan memandang remeh soal kesihatan,” katanya.

Mengulas mengenai produk makanan gantian yang diusahakan­nya itu, Fattah berkata, ia mula dipasarkan sejak enam bulan lalu.

“Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilk­an produk ini adalah berkhasiat dan semula jadi. Malah, saya turut mendapat kelulusan pihak berwajib sebelum mengeluark­annya,” katanya.

Selain mendidik orang ramai mengamalka­n pola pemakanan sihat, Fattah juga mahu membantu peminat menjadikan mereka stokis produk terbabit di seluruh negara.

Perluas premis kafe

Selain itu, Fattah turut mengembang­kan perniagaan kafe Stalkerz miliknya dengan membuka ruang acara di premis terbabit.

“Alhamdulil­lah, perniagaan kafe masih beroperasi seperti biasa. Saya kembangkan kepada ruang untuk mengadakan majlis atau acara.

“Selain itu, saya bakal mengadakan showcase Fattah & Friends sebagai tanda pelancaran. Pada mulanya, saya berhasrat untuk membuat persembaha­n sehari saja, namun disebabkan sambutan yang diberikan menggalakk­an, saya tambah lagi slot persembaha­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia