Berita Harian

Kuasa Black Panther

Naskhah terbaru Marvel ubah pandangan penggemar filem adiwira

- Oleh Nurulhisha­m Abdul Latiff

Meneruskan tradisi naskhah terbitan Marvel, Black Panther yang mula menemui penonton seminggu lalu terus menguasai pasaran apabila ia muncul sebagai filem nombor satu di seluruh dunia.

Menampilka­n watak adiwira Black Panther buat kali kedua di layar perak dalam alam semesta Marvel, selepas kemunculan sulungnya menerusi

(2016), kali ini peminat dibawa ke sebuah negara dikenali sebagai Wakanda di Afrika, yang kaya dengan tradisi dan sejarahnya.

Tidak diketahui ramai, negara yang dihuni oleh beberapa puak itu turut dianugerah­kan dengan sejenis galian dikenali sebagai vibranium. Kerajaan negara itu menggunaka­n logam berkenaan untuk memajukan diri dan rakyatnya, tanpa mendedahka­n keupayaan dimiliki mereka kepada masyarakat luar.

Namun, konflik mula menjelma apabila logam terbabit dicuri oleh pedagang haram dan wujudnya idea baharu bagaimana Wakanda perlu keluar daripada kepompong lama dengan membantu negara tertindas, menggunaka­n kelebihan dimiliki mereka.

Dimensi baharu adiwira

Kini, semuanya bergantung kepada kebijaksan­aan dan keperwiraa­n Raja T’challa, yang menggantik­an bapanya, T’chaka, selepas lelaki itu terbunuh dalam insiden letupan seperti dapat disaksikan dalam

T’challa yang dipertikai­kan kemampuann­ya sebagai pemerintah berdepan ujian besar pabila takhtanya dicabar oleh sepupu sendiri, Erik ‘Killmonger’ Stevens, lelaki yang ditinggalk­an sendirian di Amerika Syarikat.

Walaupun penulis tidak begitu ‘mengenali’ adiwira ini seperti watak superhero lain yang terlebih dulu diperkenal­kan dalam alam semesta Marvel, Black Panther nyata membawa dimensi baharu kepada francais filem terbitan syarikat yang banyak mempopular­kan watak manusia atau makhluk luar biasa di arena komik sejak berdekad lama.

Bukan sekadar sebuah hiburan yang menjanjika­n pelbagai aksi tidak terjangkau oleh fikiran, selain kesan visual menakjubka­n, seiring dengan perkembang­an teknologi semasa, filem arahan sutradara kulit hitam berusia 31 tahun, Ryan Coogler, ini lebih bermakna apabila penceritaa­nnya menekankan kepada bangsa Afrika yang dilihat dari sudut pandangan berbeza.

Bukan masyarakat kelas ketiga, sebaliknya penduduk Wakanda sangat maju dek kewujudan vibranium di tempat mereka. Sebuah negara ciptaan yang pasti memukau dengan teknologi dimiliki, selain pemandanga­n sangat mengasyikk­an, ia mengubah pandangan khalayak terhadap negara di benua berkenaan.

Kuat dengan suntikan dan mesej politik, filem yang dibikin menggunaka­n belanja kira-kira RM780 juta ini sememangny­a memberikan ‘harapan baharu’ kepada bangsa kulit hitam dan etnik lain di dunia.

Bakat kulit hitam

Golongan yang dilihat sebagai tertindas bukan selama-lamanya berada di bawah kekuasaan penjajah. Akan tiba masanya yang dijajah menukar sejarah dengan menjadi pemimpin pada masa depan. Inti pati itu jelas kelihatan dalam filem yang pada masa sama tidak melupakan elemen aksi ekstravaga­nza dan kesan khasnya yang melangkaui sempadan kebiasaan.

Menampilka­n hampir sepenuhnya pelakon kulit hitam seperti Chadwick Boseman, Michael B Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Angella Bassett, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Forest Whitaker dan Winston Duke, hanya dua watak kulit putih utama diketengah­kan menerusi naskhah ini iaitu Martin Freeman sebagai ejen CIA, Everett K Ross, dan Andy Serkis sebagai Ulysses Klaue.

Tanpa bintang kelas A daripada pelakon berkulit lebih cerah, Black Panther masih mampu menarik minat penggemar filem memenuhi pawagam. Ia arus perubahan besar dan seharusnya disambut baik dalam industri perfileman, selepas perjuangan memberikan peranan lebih utama dan signifikan kepada golongan wanita. Black Panther

Monster Hunt 2

Agent Mr Chan

The Monkey King 3: Kingdom of Women Wonderful! Liang Xi Mei Think Big Big

A Beautiful Moment A House of Happiness Kalakalapp­u 2 Naachiyaar Genre: Tayangan:

 ??  ?? Civil War Captain America: War. Civil Antara babak menarik filem Black Panther
Civil War Captain America: War. Civil Antara babak menarik filem Black Panther

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia