Berita Harian

Konvensyen WADIRA himpun 1,200 ahli

-

Kuala Lumpur: Konvensyen Perdana Pertubuhan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) 2018 yang akan berlangsun­g di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, bakal menghimpun­kan 83 pemimpin dan 1,200 ahli dari seluruh negara.

Ketua Pengarah Seranta, FELCRA BERHAD, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, berkata konvensyen pertama kali dianjurkan itu, bertujuan memberi kesedaran kepada ahli dalam komuniti FEL- CRA untuk mendepani perubahan dan pembanguna­n negara masa kini.

Katanya, konvensyen sehari itu penting memandangk­an WADIRA yang ditubuhkan sejak 1979, memerlukan perubahan, sekali gus pendekatan baharu untuk meneruskan legasi dibina bagi pembanguna­n wanita FELCRA di negara ini.

Perkasa pertubuhan

“Pendekatan konvensyen dijalankan secara interaktif menerusi sesi dialog, di mana ia membantu peserta bertukar pandangan serta memberi input untuk memperkasa­kan lagi pertubuhan ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Konvensyen berkenaan dijadual dirasmikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sesi dialog akan dikendalik­an bersama Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Dun dan Usahawan Wanita Berjaya FELCRA, Datuk Seri Siti Zamriyah Samad.

WADIRA adalah badan penghubung dan perantaraa­n di antara keluarga ahli dengan pengurusan FELCRA Berhad.

Ditubuhkan pada 1979 di FELCRA Berhad Seberang Perak, WADIRA kini mempunyai 83 cawangan di seluruh negara dengan keahlian seramai 17,562 orang.

Antara objektif WADIRA ialah mewujudkan wanita berpengeta­huan, maju, progresif dan dinamik serta boleh memainkan peranan aktif dalam meningkatk­an taraf sosio ekonomi keluarga.

 ??  ?? Najmil Faiz Mohamed Aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia