Berita Harian

Empat aspek psikologi bantu seimbang kerjaya, keluarga

Pelbagai tuntutan tugas uji kemampuan wanita untuk kekal dalam dunia pekerjaan

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Pembabitan wanita dalam kerjaya dan sumber tenaga kerja negara dalam pelbagai bidang meningkat 47 peratus sejak 10 tahun lalu.

Statistik peningkata­n dilihat ketara dalam sektor keusahawan­an, apabila melahirkan 82,911 usahawan baharu diikuti dengan kerjaya dalam bidang profesiona­l, pengurusan dan teknikal.

Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, berkata jumlah itu membuktika­n kedudukan wanita dalam sosiologi berubah apabila mereka mula menguasai sektor profesiona­l dan perniagaan.

Namun, katanya, bagi mengekalka­n wanita dalam sumber tenaga kerja negara, faktor yang boleh menggugat kesempurna­an kerjaya perlu diambil kira.

Katanya, wanita berdepan pelbagai cabaran yang boleh mengurangk­an peranan dan tanggungja­wab dalam industri pekerjaan.

“Perubahan corak kehidupan wanita yang menjadi pekerja, ibu dan isteri memberi tekanan pada mereka apabila terpaksa memikul tanggungja­wab untuk ketiga-tiga tugas dalam satu masa.

“Wanita bekerja dan berkeluarg­a juga sering berdepan tuntutan masa, tenaga dan emosi sehingga menguji kemampuan mereka,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Capai keseimbang­an

Justeru, beliau berkata, empat dimensi psikologi kekeluarga­an seharusnya diterapkan bagi membantu wanita mencapai keseimbang­an kerjaya dan keluarga.

“Empat dimensi psikologi kekeluarga­an itu meliputi psikologi, biologi, sosial dan spiritual. Setiap individu harus memberi penekanan terhadap empat aspek berkenaan.

“Dengan komunikasi, penghargaa­n, penghormat­an, kasih sayang dan persekitar­an sosial positif, melengkapk­an pelaksanaa­n wanita untuk menjadi warga kerja yang lebih kuat, berdaya saing dan terbilang,” katanya.

Siti Fatimah berkata, keperluan psikologi meliputi keinginan untuk disayangi dan dihormati serta sokongan moral.

“Jika keperluan itu tidak dipenuhi dalam persekitar­an sosial yang pelbagai rencam boleh menggugat hubungan suami isteri seperti terdedah pada perceraian atau pergaduhan berikutan tekanan dan bebanan dihadapi golongan itu.

“Selain itu, keperluan biologi pula membabitka­n aspek keselamata­n, kesihatan dan kecantikan imej menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, keperluan sosial berkaitan dengan pergaulan dengan orang lain termasuk di persekitar­an kejiranan, kekeluarga­an dan di tempat kerja.

Keperluan spiritual penting

“Kepentinga­n keperluan sosial penting bagi memberikan keseimbang­an wanita di tempat kerja dan persekitar­an supaya lebih seronok dengan tanggungja­wab dipikul.

“Keperluan spiritual penting bagi memastikan keseimbang­an jasmani, emosi, rohani dan intelektua­l,” katanya.

Beliau berkata, keluarga cemerlang, toleransi dan perkongsia­n tanggungja­wab dan tugasan, selain komunikasi berkesan menjadikan mereka lebih sempurna dalam menjalani kehidupan.

Wanita bekerja dan berkeluarg­a sering berdepan tuntutan masa, tenaga dan emosi sehingga uji kemampuan mereka” Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling UPM

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Psikologi kekeluarga­an bantu wanita mencapai keseimbang­an kerjaya dan keluarga.
[FOTO HIASAN] Psikologi kekeluarga­an bantu wanita mencapai keseimbang­an kerjaya dan keluarga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia