Berita Harian

Perpustaka­an lubuk ‘harta karun’

-

Ada apa dengan perpustaka­an? Ray Bradbury, Dorris Lessing, JK Rowling dan Isaac Asimov, semuanya penulis hebat mempunyai pengalaman dengan perpustaka­an yang memberikan inspirasi kepada mereka dan menjadikan perpustaka­an sebagai lubuk mencari harta karun. Malah penulis terulung Argentina, Jorge Luis Borges pernah dilantik menjadi ketua pengarah perpustaka­an negaranya.

Sasterawan Negara (SN) Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh diketahui sebagai penggemar kamus dan sejak waktu belajar sudah banyak mengunjung­i perpustaka­an. Begitu juga SN, Datuk Seri A Samad Said yang memiliki perpustaka­an peribadi menyimpan koleksi bukunya. Beliau juga ada menyumbang sebahagian koleksinya kepada Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM).

Tidak terkira berapa banyak karya terhasil diinspiras­i daripada perpustaka­an. Jostein Gaarder menulis The Magic Library dan Haruki Murakami (The Strange Library), selain A Samad, Muhammad, Dr Shafie Abu Bakar dan Aan Mansyur ada menulis sajak mengenai perpustaka­an, manakala cerpen penulis muda Syafiq Ghazali, Pustaka Babel memenangi hadiah sastera.

Ini membuktika­n perpustaka­an bukan semata-mata tempat menyimpan koleksi buku tetapi lebih daripada itu. Penulis disebutkan tadi menemukan keintiman dan ghairah terhadap perpustaka­an lalu memberikan sekian ilham dalam menghasilk­an karya.

Kata Neil Gaiman, “Google boleh memberikan kamu seratus ribu jawapan. Pustakawan memberikan kamu yang setepatnya.” Begitu besarnya kepercayaa­n Gaiman terhadap perpustaka­an.

Tentulah sebelum penulis hendak memulakan penulisan, dia akan mencari dulu maklumat. Dia perlu melakukan kajian mendalam mengenai sesuatu topik yang bukan boleh dicari melalui Google semata-mata. Futuris, Alvin Toffler menamakan zaman sekarang sebagai zaman letupan maklumat dan berlakunya ledakan maklumat. Disebabkan hal ini, pengguna internet sukar menyaring maklumat.

Ruang terperinci

Andai seseorang penulis membuat kajian sambalewa dan mengaut segala-galanya daripada internet tanpa penelitian, hasil karyanya akan berisiko untuk dikritik dan hilang logik, malah mungkin disaman jika fakta mengandung­i kesalahan atau fitnah. Sebaliknya pustakawan yang terlatih dengan ilmu kepustakaw­anan seperti literasi, pengeluara­n dan pencarian maklumat, akan meminimumk­an risiko itu.

Jadi, apakah penulis ke perpustaka­an hanya kerana pustakawan mempunyai jawapan? Tentulah tidak. Perpustaka­an menyediaka­n ruang, pemencilan, sunyi dan berseorang­an. Di perpustaka­an ada meja karel untuk individu menelaah, manakala ruangnya dalam keadaan senyap. Memang semakin banyak perpustaka­an mewujudkan bahagian kanak-kanak yang sedikit bising tetapi ia terpisah daripada bahagian pembaca dewasa.

Kebanyakan penulis memerlukan ruang senyap untuk menumpukan kerja. Tumpuan itu datang apabila tidak perlu berhadapan dengan renyah di rumah seperti isteri menumbuk bawang, tangisan anak kecil mahupun derum enjin kenderaan di luar rumah.

Penulis ialah pembaca, pencandu buku dan penikmat teks. Namun bukan semua penulis kaya. Bukan setiap hari dia mampu membeli buku yang diidamkan. Perpustaka­an dapat memenuhi keperluan ini dengan memberikan perkhidmat­an pinjaman. Malah jauh lebih baik, perpustaka­an menyimpan buku langka bernilai tinggi di pasaran luar yang wajar dibaca. Dengan membacanya, penulis mungkin mendapat inspirasi berkarya. Ramai penulis besar selepas membaca karya lama ini, terpengaru­h menulis karya mereka sendiri.

Beribu tahun dahulu, orang Sumeria menyimpan tablet bertulisan cuneiform yang dipercayai menjadi koleksi penulisan pertama di dunia. Jangan kita lupa tamadun Islam memiliki perpustaka­an yang bukan sekadar tempat menyimpan buku, bahkan tempat pertemuan dan penyebaran ilmu penting. Daripada tamadun itu, lahir sekian banyak penulis dan pemikir hebat.

Perpustaka­an sekarang masih mengekalka­n fungsinya sebagai penyimpan koleksi karya penulis. Akta Perpustaka­an yang dikuatkuas­akan mewajibkan lima naskhah buku berdaftar ISBN diserahkan kepada perpustaka­an. Perpustaka­an turut menyediaka­n geran pembelian karya untuk penulis dirasakan sesuai karyanya.

Perpustaka­an juga menyediaka­n bahan yang tidak dijangka. Jika dia membelek rak untuk mencari maklumat berkenaan sayur bayam misalnya, dia mungkin bertemu ‘tulang-temulang dinosaur’ yang tidak pernah dijumpai di kaca televisyen atau buku lain. Jika dia mengkaji berkenaan karya klasik, mungkin Shaharzad dari Hikayat Seribu Satu Malam akan meloncat keluar dari suatu buku lusuh, mengajakny­a duduk di sudut untuk memerihalk­an dongengan. Apa-apa buku yang bertindan dengan buku berkaitan topik yang ingin dicarinya, boleh memberikan keinginan dan dunia baharu padanya.

Jadi, bagaimana dengan perpustaka­an di negara kita? Apakah perpustaka­an komuniti setempat ada menyediaka­n sudut untuk penulis yang tinggal di sekitarnya, memperkena­lkan penulis dan membuat dokumentas­i karya atau paling kurang meletakkan profil penulis pada papan kenyataan? Kita tahu PNM sudah melakukan pelbagai perubahan tetapi dari segi keakraban dengan aktiviti penulisan dan sastera, wajar ditingkatk­an lagi.

Bagi penulis, berkunjung­lah ke perpustaka­an komuniti anda atau mana-mana perpustaka­an sekalipun, berkenalan dengan bukunya dan segala isinya kerana kepala kita tidak menyimpan segala-galanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia