Berita Harian

DBP sedia 10 bilik kegunaan persatuan berkaitan buku

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 10 bilik di bangunan lama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini yang sebelum ini dibaik pulih, disediakan kepada organisasi serta persatuan berkaitan buku, bahasa dan sastera.

Ia menjadi antara langkah DBP untuk bekerjasam­a dengan pelbagai pihak dalam mengembang­kan sastera kebangsaan, sekali gus membuka ruang luas kepada persatuan berkaitan sastera.

Antara pihak terbabit ialah Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR) membuka pejabatnya di DBP.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas, berkata kewujudan pejabat PENYAIR di DBP bukan sekadar membantu mengkoordi­nasi kegiatan persatuan itu, bahkan membantu DBP mengembang­kan sastera.

“PENYAIR yang dibarisi tokoh sastera nasional akan memudahkan mereka untuk membantu pihak kami,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat PENYAIR di DBP di sini, hari ini.

Yang turut hadir Penaung PENYAIR, Tan Sri Dr Hamad Kama Piah Che Othman; Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Zurinah Hassan; Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Datuk Zainal Abidin Borhan dan Presiden PENYAIR, A Rahim Abdullah.

Abdul Adzis berkata, meskipun dunia penerbitan dilanda pelbagai masalah, manakala sastera dan bahasa kebangsaan selalu dicabar, kewujudan PENYAIR sangat dialualuka­n.

Perjuangka­n puisi lama

“Kita tidak akan biarkan bahasa Melayu diancam dan dihina terutama oleh orang Melayu sendiri,” katanya.

Sementara itu, A Rahim berkata, PENYAIR bukan memperjuan­gkan puisi moden semata-mata, bahkan puisi klasik seperti gurindam dan pantun.

“Persatuan ini juga meraikan penyertaan generasi muda dan ia bukanlah sebuah persatuan elit,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ?? Abdul Adzis (tengah) memotong riben sambil diperhatik­an Hamad Kama Piah (kanan) dan A Rahim pada majlis Perasmian Pejabat PENYAIR di DBP.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] Abdul Adzis (tengah) memotong riben sambil diperhatik­an Hamad Kama Piah (kanan) dan A Rahim pada majlis Perasmian Pejabat PENYAIR di DBP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia