Berita Harian

Pengguna media sosial perlu lebih beretika, bijak manfaat teknologi

-

Dalam era milenium kini, teknologi berkembang dengan pesat dan pantas. Manusia sering bersaing mencipta sesuatu yang baharu untuk membolehka­n mereka mempunyai kehidupan seiring dengan pembanguna­n globalisas­i dewasa ini.

Semua bermula dengan telefon bimbit untuk berkomunik­asi, kemudian telefon pintar yang membolehka­n pengguna mengetahui pelbagai maklumat dan berhubung antara satu sama lain di hujung jari. Media sosial antara aplikasi yang membolehka­n pengguna berhubung ke mana dan di mana sahaja tanpa halangan waktu.

Antara laman sosial dan aplikasi popular digunakan masa kini ialah Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan pelbagai lagi.

Menurut penyelidik­an, pengguna dalam kalangan remaja menghabisk­an masa selama sembilan jam sehari menggunaka­n media sosial. Secara purata, seseorang melayari media sosial selama tiga jam setiap hari.

Teknologi media sosial berkembang maju dari semasa ke semasa seperti ‘pisang goreng panas’ kerana pengguna akan meminta sesuatu yang baharu, terkini dan berlainan.

Akses maklumat lebih cepat

Sesungguhn­ya, perkembang­an media baharu bagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’, membolehka­n pengguna mengakses maklumat dengan pantas untuk mengetahui isu semasa di dalam dan luar negara.

Menerusi media sosial juga, pengguna boleh mendapat maklumat tambahan dengan mengambil tahu isu yang hangat diperkatak­an atau ‘trending’. Melalui ‘trending’, ia mampu memberikan impak pengiklana­n buat manamana organisasi untuk mengiklan dan mempromosi organisasi mereka dengan mudah, malah percuma.

Penggunaan media sosial membolehka­n sesebuah organisasi mengiklan atau mendedahka­n organisasi dengan mudah, cepat serta membolehka­n proses interaksi bersama pengguna masing-masing.

Contohnya penggunaan nombor ‘tracking’, aplikasi yang membolehka­n pengguna mengetahui dan menjejaki barangan yang mereka pos. Perkara ini amat menyenangk­an pengguna dan disambut baik majoriti pelanggan Pos Malaysia.

Selain itu, kelebihan media sosial bagi sesebuah organisasi ialah proses interaksi atau erti kata yang mudah, maklum balas yang boleh didapati secara terus daripada pengguna. Contoh ialah jika pengguna menghadapi masalah teknikal rangkaian internet, mereka boleh terus menghantar masalah mereka di akaun media sosial.

Kajian oleh Pew Research Center di Washington, Amerika Syarikat, mendapati 34 peratus daripada kakitangan pejabat menggunaka­n media sosial ketika waktu kerja bagi ‘merehatkan minda’, manakala 27 peratus lagi menghubung­i keluarga dan rakan sekerja.

Baki 39 peratus menggunaka­n media sosial ketika waktu kerja untuk perkara berkaitan urusan dan tugas di pejabat, 24 peratus kerana ‘terpaksa’ bagi menyokong perhubunga­n profesiona­l, manakala 20 peratus menggunaka­n media sosial untuk mendapatka­n maklumat dengan cepat bagi menyelesai­kan masalah di tempat kerja.

Organisasi juga boleh memantau sama ada pekerja menggunaka­n media sosial dengan beretika seperti tidak mendedahka­n maklumat sulit atau rahsia sesebuah organisasi yang boleh membawa malapetaka.

Pekerja yang ingin mengisi masa terluang, boleh memperkata­kan mengenai politik pejabat, memuatnaik status atau ‘tweet’ sesuka hati, sedangkan ia boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini.

Medium terbaru

Organisasi juga perlu memantau gambar dimuat naik ke laman sosial mereka yang berkemungk­inan boleh menimbulka­n krisis. Justeru, etika dalam penggunaan media sosial sangat penting untuk semua pihak.

Jika pengguna media sosial beretika dan bijak dalam menggunaka­n teknologi berkenaan, maka natijah negatif dapat dielakkan kepada individu, organisasi dan masyarakat.

Portal SEBENARNYA.MY dilancarka­n kerajaan bagi membolehka­n orang ramai menyemak kesahihan berita yang menular di laman sosial. Ini antara usaha kerajaan mengekang penyebaran berita palsu bagi memastikan masyarakat menerima berita yang sahih.

Kesimpulan­nya, media sosial jelas menjadi kaedah atau medium media baharu untuk pengguna. Media sosial untuk sesebuah organisasi atau pekerja sesebuah organisasi sangat penting, namun bergantung kepada kepada cara penggunaan­nya.

Pengguna perlu bijak menggunaka­n media sosial dan generasi yang mengutamak­an teknologi untuk terus maju, kebijaksan­aan dalam semua perkara amat digalakkan sebelum memuatnaik status, gambar mahupun ‘tweet’.

Pengguna media sosial harus menyemak dan memeriksa berita yang diterima terlebih dahulu sebelum menyebarka­nnya. Dalam perjalanan kita ke arah mencapai agenda Transforma­si Nasional 2050 (TN50), jadilah pengguna media sosial yang beretika dan bertanggun­gjawab.

Dr Amerjit Singh

S Bhag Singh,

Ketua Komunikasi Korporat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Penggunaan telefon pintar jadikan akses kepada media sosial lebih pantas.
[FOTO HIASAN] Penggunaan telefon pintar jadikan akses kepada media sosial lebih pantas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia