Berita Harian

Syor sewakan kuarters kosong bantu ringan beban kos sara hidup belia

-

laporan BH Online pada 17 Februari lalu, sebanyak 2,600 unit kuarters seluruh negara kosong dan tidak berpenghun­i.

Jumlah yang dilaporkan itu tidak termasuk kuarters yang dibina kementeria­n lain, selain Kementeria­n Pendidikan.

Malah jika dihitung, jumlah kuarters terbiar ini meningkat beberapa kali ganda.

Hal ini menyebabka­n pembaziran di peringkat pembinaan hingga ke proses menyelengg­ara. Antara faktor kekosongan kuarters kerajaan ialah kakitangan mempunyai rumah sendiri dan lokasi yang tidak strategik.

Sehubungan itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) Perlis mencadangk­an beberapa inisiatif kepada kerajaan untuk menangani isu ini.

Kerajaan atau kementeria­n wajar tawarkan kuarters kosong kepada golongan belia yang masih belum mempunyai atau memiliki kediaman.

Kurang kos sara hidup

Kerjasama Lautan Biru (NBOS) boleh dilaksanak­an dengan Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya pemohon dalam senarai menunggu ditawarkan kuarters yang masih kosong dengan kadar sewa rendah.

Permohonan menyewa kuarters juga perlu diperluas kepada masyarakat awam terutama yang kurang berkemampu­an dalam kategori B40.

Satu faktor bebanan kepada belia yang berkeluarg­a hari ini ialah kos sara hidup yang tinggi. Dengan inisiatif ini, kerajaan dapat membantu mengurangk­an kos sara hidup dengan menawarkan kadar sewa lebih murah, berbanding rumah sewa di luar.

Kami percaya inisiatif ini dapat membantu meringanka­n beban rakyat khususnya golongan belia sekali gus mencermink­an keprihatin­an kerajaan terhadap isu golongan muda.

Mohd Aishamuddi­n Yaakob, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) Perlis

 ??  ?? Keratan akhbar BH 18 Februari lalu.
Keratan akhbar BH 18 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia