Berita Harian

Abbas bentang pelan baharu

Gesa persidanga­n antarabang­sa Asia Barat ikhtiar cari penyelesai­an muktamad

-

Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyatakan kesediaann­ya untuk berbincang dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, yang menolak usaha damai Asia Barat diketuai negara Uncle Sam sebagai ‘mustahil’ selepas pengiktira­fan Washington ke atas Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

Ketika ucapan jarang dilakukan dalam Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini, Abbas membentang­kan pelan baharu memulihkan rundingan Israel-palestin di bawah satu proses damai antarabang­sa menggantik­an pengantara diketuai AS.

Abbas menggesa satu persidanga­n antarabang­sa diadakan menjelang pertengaha­n tahun ini bagi memulakan proses damai dengan Israel yang terhenti serta mewujudkan satu ‘mekanisme pelbagai hala’ untuk melaksanak­annya.

Proses damai baharu Asia Barat dan lebih meluas itu akan memberi laluan kepada pengiktira­fan sebuah negara Palestin.

Tinggalkan majlis

Bagaimanap­un pemimpin Palestin itu segera meninggalk­an majlis sebelum Duta AS ke PBB, Nikki Haley berucap.

Keputusan Presiden Donald Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel menaikkan kemarahan Palestin, yang mengisytih­arkan Washington tidak lagi berperanan sebagai broker damai.

“Bagi menyelesai­kan persoalan Palestin, adalah penting mewujudkan sebuah mekanisme antarabang­sa pelbagai hala dengan mengadakan persidanga­n antara- bangsa,” kata Abbas.

Abbas berkata, persidanga­n itu perlu dihadiri Israel dan Palestin, pihak berkepenti­ngan di serantau, lima anggota tetap Majlis Keselamata­n - Britain, China, Perancis, Russia dan AS, - serta kuartet diplomatik terdiri daripada Kesatuan Eropah (EU), Russia, AS dan PBB.

Pendirian berat sebelah AS

Beliau berkata, perhimpuna­n itu kemudian seterusnya memberi pengiktira­fan penuh keanggotaa­n PBB kepada sebuah negara Palestin, pengiktira­fan bersama Israel dan Palestin serta kewujudan mekanisme antarabang­sa baharu untuk mencapai satu penyelesai­an muktamad.

Palestin berharap, pembabitan meluas antarabang­sa dalam proses damai itu akan membalas apa yang mereka lihat sebagai pendirian berat sebelah AS memihak Israel berkaitan Baitulmaqd­is.

Israel, yang sering menuduh EU dan PBB berat sebelah ke atasnya, ragu-ragu menerima pengantara lain selain AS.

“Kami bertemu Presiden AS empat kali pada 2017 dan kami melahirkan kesediaan untuk mencapai satu perjanjian damai bersejarah.

“Namun pentadbira­n ini tidak menjelaska­n pendirian mereka. Adakah penyelesai­an dua negara atau satu negara,” kata Abbas.

Palestin beranggapa­n hasrat pentadbira­n Trump terhadap usaha damai Asia Barat tidak ikhlas selepas pemimpin itu membalikka­n berdekad dasar AS dan memindahka­n kedutaanny­a ke sana dari Tel Aviv.

Bagi menyelesai­kan persoalan Palestin, adalah penting mewujudkan sebuah mekanisme antarabang­sa pelbagai hala dengan mengadakan persidanga­n antarabang­sa” Mahmoud Abbas, Presiden Palestin

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia