Berita Harian

Penduduk tunggu giliran untuk mati

250 korban dalam 48 jam, serangan roket, bom tong tanpa henti

-

Penduduk di Timur Ghouta, Syria berkata mereka hanya ‘menunggu giliran untuk mati’ awal semalam selepas lebih banyak serangan roket dan bom tong daripada tentera prokerajaa­n jatuh di wilayah terkepung dikawal pemberonta­k itu.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, lima maut dan lebih 200 lain cedera awal semalam di kawasan itu, menerima serangan bertalutal­u dalam pengeboman paling sengit sepanjang tujuh tahun perang saudara, mengorbank­an sekurang-kurangnya 250 orang bagi tempoh 48 jam.

SOHR berkata, pengeboman itu mengorbank­an lebih 106 dewasa dan kanak-kanak kelma- rin. Ia termasuk 58 kanak-kanak maut sejak Ahad lalu manakala 1,200 cedera.

Kadar pengeboman berkuranga­n semalaman namun kekerapann­ya diteruskan pagi semalam, kata SOHR. Ia diikuti kemuncak serangan besar-besaran yang bermula lewat Ahad lalu di kawasan didiami 400,000 penduduk itu.

Bersamaan jenayah perang

Tentera prokerajaa­n melepaskan roket dan menggugurk­an bom tong dari helikopter di bandar dan perkampung­an daerah luar bandar terletak di luar Damsyik di mana pemberonta­k menentang Presiden Bashar al-assad mempertaha­nkan kubu besar terakhir mereka.

“Kami menunggu giliran untuk mati. Ini sahaja yang dapat saya katakan,“kata Bilal Abu Salah, 22, yang mana isterinya kini hamil lima bulan anak pertama mereka di bandar terbesar Timur Ghouta di Douma.

Mereka bimbang keganasan pengeboman itu menyebabka­n isterinya bersalin lebih awal.

“Hampir kesemua penduduk yang tinggal di sini hidup dalam pusat perlindung­an. Ada lima atau enam keluarga dalam satu rumah. Tiada makanan, tiada pasar,” katanya.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan di Timur Ghouta di mana hospital dan infrastruk­tur awam lain diserang, menganggap­nya tidak boleh diterima, memberi amaran, pengeboman itu bersamaan jenayah perang. REUTERS

Kerajaan Syria dan sekutunya

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Pengeboman itu mengorbank­an lebih 106 dewasa dan kanak-kanak kelmarin.
[ FOTO AFP ] Pengeboman itu mengorbank­an lebih 106 dewasa dan kanak-kanak kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia