Berita Harian

Selebriti sokong kawal senjata api

Beri sumbangan jayakan kempen March for Our Lives 24 Mac

-

Tiga selebriti terkenal Hollywood, Oprah Winfrey, George Clooney dan Steven Spielberg masingmasi­ng berjanji menyumbang AS$500,000 (RM1.95 juta) bagi menjayakan kempen ‘March for Our Lives’ di Washington.

Kempen berkenaan diadakan sebagai menyokong usaha mengawal penjualan senjata api, susulan tragedi tembakan rambang minggu lalu di sebuah sekolah tinggi Florida yang meragut 17 nyawa.

Clooney dan isterinya, Amal, seorang peguam hak asasi manusia adalah selebriti pertama yang menyatakan ikrar mereka malah berjanji turut sama menyertai perarakan itu bersama ratusan pelajar lain 24 Mac depan.

Penganjura­n perarakan itu mendapat bantuan pelajar Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas, yang juga lokasi tragedi berkenaan.

Dalam insiden 14 Februari lalu, seorang bekas pelajar berusia 19 tahun mengamuk dan melepaskan tembakan rambang menggunaka­n senjata semiautoma­tik AR-15.

“Kami sekeluarga akan menyertai perarakan pada 24 Mac nanti sebagai tanda sokongan bersama generasi muda seluruh negara yang hebat.

Winfrey sokong, derma

“Bagi pihak anak kami, Ella dan Alexander, kami juga menyumbang AS$500,000 (RM1.95 juta) bagi membantu menjayakan acara perintis ini. Masa depan anak-anak kami bergantung kepada usaha ini,” kata Clooney dalam satu kenyataan.

Lewat kelmarin, pengarah terkenal Spielberg dan isterinya, Kate Capshaw serta pengacara terkemuka, Winfrey berkata, mereka masing-masing menyatakan persetujua­n mendermaka­n jumlah wang sama dibuat Clooney.

“George dan Amal, saya sangat menyokong kamu. Saya bersama anda dan menyamakan sumbangan anda kepada ‘March For Our Lives.’

“Golongan muda beraspiras­i ini mengingatk­an saya mengenai

Freedom Riders of the 60s yang juga mengatakan cukup-cukuplah dan suara kami akan didengar,” Winfrey menulis tweet.

Spielberg dan Capshaw dalam kenyataan menerusi e-mel berkata: “Pelajar muda di Florida dan kini di seluruh negara bersedia mengadakan demonstras­i kepimpinan dengan yakin dan matang melangkaui usia mereka.”

Tidak pasti jika kedua-duanya dan Winfrey akan menyertai kempen itu.

Produser filem, Jeffrey Katzenberg dan isterinya, Marilyn berkata, mereka akan menyamakan sumbangan AS$500,000 dan berarak di Washington.

March for Our Lives adalah beberapa perhimpuna­n dianjurkan pelajar di seluruh AS bagi menyokong undang-undang senjata lebih tegas, mencabar ahli politik yang dikatakan gagal melindungi mereka. REUTERS

 ??  ?? Oprah Winfrey
Oprah Winfrey
 ??  ?? George Clooney
George Clooney

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia