Berita Harian

Ospina dijangka ganti Petr Cech pada aksi final

-

LONDON: Penjaga gol Arsenal Petr Cech mungkin direhatkan untuk aksi final Piala Liga berdepan Manchester City Ahad ini dan tempatnya bakal digantikan David Ospina.

Ospina, 29, hanya sekali tidak beraksi dalam perlawanan Piala Liga membabitka­n Arsenal musim ini manakala Cech yang diturunkan dalam kesemua 27 perlawanan Liga Perdana Inggeris menjangkak­an penjaga gol Colombia itu akan terus menggalas tugas berdepan City.

“Semuanya bagai sudah ditentukan sejak awal lagi,” kata Cech ketika ditanya sama ada Ospina akan beraksi pada final.

“Saya akan berada di sana, menyokong bersama pasukan tetapi tidak mungkin saya akan bermain. Sukar menyaksika­n sebarang perlawanan dari bangku simpanan apatah lagi di tempat duduk penonton apabila anda tidak terpilih.

“Sebagai pemain anda pastinya mahu terbabit sama.

Wembley istimewa

“Namun jelas sekali anda berada di dalam sebuah kelab profesiona­l di mana terdapat 25 pemain hebat dan pengurus sentiasa membuat pilihan untuk perlawanan dan anda perlu menerimany­a.”

Ospina juga menjadi pilihan utama Arsenal dalam aksi Liga Europa dan mungkin akan beraksi dalam perlawanan kedua kelompok 32 pasukan terbaik menentang Ostersunds awal pagi esok.

“Melangkah ke Wembley sesuatu yang istimewa, suasana dan acaranya sungguh istimewa,” kata Ospina.

“Saya ingin bermain setiap minggu tetapi saya tetap menghormat­i keputusan pengurus.

“Anda perlu bersiap sedia seolah-olah anda bermain setiap perlawanan. Ia pasti sukar untuk beraksi dalam beberapa perlawanan sebulan apatah lagi dalam perlawanan seperti ini. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia