Berita Harian

Aguero terselamat hukuman FA

-

LONDON: Penyerang Manchester City, Sergio Aguero tidak akan berdepan hukuman daripada Persatuan Bolasepak England (FA) berikutan terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong Wigan selepas kekalahan mengejut pendahulu Liga Perdana itu dalam saingan Piala FA, kelmarin.

Aguero didapati bergaduh dengan penyokong Wigan ketika ratusan peminat menyerbu ke padang berikutan kemenangan 1-0 pasukan League One itu pada pusingan kelima itu.

Rakaman televisyen menunjukka­n kekecohan di Stadium DW dengan Aguero mengangkat tangannya bagi menolak penyokong yang akhirnya terpaksa ditahan.

Difahamkan Aguero mendakwa dia diludah.

Pemain Argentina itu tidak akan dikenakan tindakan disiplin oleh FA berikutan insiden terbabit walaupun penjaring dengan rekod terbanyak City itu ‘diberi peringatan mengenai tanggungja­wabnya.’

Gagal kawal pemain

Bagaimanap­un badan induk itu mengesahka­n pihaknya mendakwa City serta Wigan kerana gagal mengawal pemain mereka selepas Fabian Delph dibuang padang pada babak pertama.

“Wigan Athletic dan Manchester City masing-masing didakwa kerana gagal mengawal pemain mereka selepas Fabian Delph dibuang padang pada saingan pusingan kelima Piala FA Emirates,” kata kenyataan FA.

“Kelab berkenaan diberikan masa sehingga jam 6 petang, Jumaat 23 Februari 2018 untuk mengemukak­an hujah balas.”

AFP

 ??  ?? Aguero dikerumuni penyokong sejurus tamat perlawanan antara Manchester City menentang Wigan.
Aguero dikerumuni penyokong sejurus tamat perlawanan antara Manchester City menentang Wigan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia