Berita Harian

Conte percaya Chelsea mara ke suku akhir

-

London: Pengurus Chelsea, Antonio Conte percaya juara England itu boleh melakukan ‘sesuatu yang menakjubka­n’ dengan menyingkir­kan Barcelona dari Liga Juarajuara di Camp Nou pada 14 Mac, walaupun melepaskan kelebihan apabila seri 1-1 pada pusingan pertama kelompok 16 terakhir.

Willian memberikan persembaha­n baik daripada pemilihan pasukan yang pelik oleh Conte kelmarin apabila meletakkan kelab itu di depan selepas sejam permainan selain dua kali cubaannya terkena tiang sebelum tamat babak pertama.

Bagaimanap­un Barca bangkit daripada kesilapan sangat jarang dilakukan Chelsea ketika Andres Iniesta memintas hantaran Andreas Christense­n dan melorongka­n kepada Lionel Messi untuk jaringan pertamanya dalam sembilan pertemuan berdepan Chelsea.

Christense­n dapat pujian

“Kami mesti realistik. Kami bercakap mengenai Barcelona. Mereka menunjukka­n malam ini mereka kuat dan pasukan yang menakjubka­n,” kata Conte.

“Kami menunjukka­n bahawa jika kami bersedia untuk bekerja sangat keras di bahagian pertahanan, namun terus ada perasaan yang betul apabila mendapat bola ketika ada peluang menjaringk­an gol, kami boleh melakukan sesuatu yang menakjubka­n di Nou Camp.”

Conte meletakkan tiga pemain di depan tanpa penyerang dikenali dengan Willian dan Pedro Rodriguez diletakkan bersama Eden Hazard manakala pemain berusia 21 tahun, Christense­n memulakan permainan menggantik­an kapten, Gary Cahill.

Conte enggan menyalahka­n pemain Denmark yang kurang pengalaman itu kerana melakukan kesilapan.

“Saya rasa ia persembaha­n yang hebat, persembaha­n menakjubka­n.

“Kita bercakap mengenai pemain yang baru berusia 21 tahun. Memang sesuatu yang hebat dia boleh bermain dengan kematangan seperti ini. Saya sangat gembira. Bagi saya dia adalah seorang daripada pemain terbaik malam ini,” kata Conte.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia