Berita Harian

Messi nyala harapan Barca

Bangkit dengan gol penyamaan untuk beri kelebihan menjelang aksi di Camp Nou

-

Lionel Messi meledak buat kali pertama dalam sembilan perlawanan berdepan Chelsea seterusnya memberikan Barcelona kelebihan selepas perlawanan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-juara yang berakhir dengan seri 1-1 di Stamford Bridge, pagi kelmarin.

Jaringan Willian dalam tempoh sejam meletakkan Chelsea di depan selepas dua kali bola terkena palang pada babak pertama.

Bagaimanap­un kealpaan menyebabka­n Chelsea merana ketika Andres Iniesta merampas bola hantaran Andreas Christense­n untuk melorongka­n bola kepada Messi yang menyamakan kedudukan buat Barca 15 minit sebelum tamat.

Juara England itu kini mesti menjaringk­an gol apabila berkunjung ke Camp Nou pada 14 Mac untuk berpeluang mara ke kelompok lapan terakhir.

Kekang Messi

Pengurus Chelsea, Antonio Conte membuat kejutan sebelum sepak mula apabila tidak menyenarai­kan Olivier Giroud dan Alvaro Morata dengan Eden Hazard bermain di tengah yang menampilka­n tiga pemain termasuk Willian dan bekas pemain sayap Barca, Pedro Rodriguez.

Hazard memberi amaran pertama bahawa Barca tidak boleh selesa malam itu apabila melakukan percubaan dalam tempoh lima minit.

Tandukan Antonio Rudiger juga tersasar pada malam yang positif buat tuan rumah tetapi Barca memiliki peluang terbaik pada minit ke-16.

Chelsea sering mengekang Messi dengan tiga atau empat pemain untuk mengehadka­n pergerakan pemain Argentina itu tetapi dia berjaya melakukan hantaran silang ke kawasan penalti tetapi ditanduk liar Paulinho.

Barca kemudian mendominas­i kawalan bola untuk sebahagian besar babak pertama apabila pada satu ketika mereka menguasai 80 peratus permainan.

Bagaimanap­un pelawat kurang sentuhan jaringan dan bernasib baik untuk kedudukan 0-0 pada babak pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia