Berita Harian

Bayern yakin ulangi kejayaan 2013

-

Munich (Jerman): Thomas Mueller, berkata Bayern Munich boleh mengulangi kejayaan tiga kejuaraan pada 2013 selepas membelasah Besiktas 5-0 pada pusingan pertama saingan kelompok 16 terakhir Liga Juarajuara, pagi kelmarin.

Bayern sudah selangkah ke suku akhir, manakala Besiktas berdepan situasi hampir mustahil pada perlawanan kedua di Istanbul pada 14 Mac.

Mueller dan penyerang Poland, Robert Lewandowsk­i masing-masing menjaringk­an dua gol ketika Bayern bangkit pada babak kedua di Jerman.

“Semuanya tidak mustahil,” kata Mueller apabila ditanya sama ada Bayern boleh mengulangi kejayaan pada 2013 apabila menang Liga Juarajuara, Bundesliga dan Piala Jerman.

Bagaimanap­un jurulatih Bayern, Jupp Heynckes, 72, yang membawa kejayaan itu lima tahun lalu, menegaskan Bayern mesti melakukan lebih baik jika mahu sekali lagi merangkul tiga gelaran.

Hilang rentak

“Sebarang cerita seperti itu ialah kerja wartawan, Liga Juara-juara adalah kejohanan berbeza dan kami mesti meningkat.

“Semua orang di stadium melihat kita berdepan kesukaran pada babak pertama.

“Kami tidak menemui rentak dan kami gementar - saya tidak jangka pasukan saya seperti itu.

“Pada babak pertama, tiada sebarang rentak dalam permainan kami, hantaran kami tidak menjadi dan ia membolehka­n Besiktas lebih banyak menyerang.

“Jaringan pembukaan sebelum rehat memberikan kami kelebihan psikologi dan pada babak kedua kita menyaksika­n pasukan Bayern yang berbeza.

“Kami menjaringk­an antara gol hebat dan bermain bola sepak yang bagus,” kata Heynckes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia