Berita Harian

‘Tiada alasan gagal ke Olimpik Tokyo’

MHC kurangkan kepadatan liga kebangsaan untuk ruang pemain buat persiapan

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Tiada sebarang alasan buat skuad hoki negara gagal memenuhi sasaran layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi Sukan Asia Indonesia, Ogos depan selepas diberi ‘layanan istimewa’ sepanjang tahun ini untuk memenuhi sasaran itu.

Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal menegaskan, keutamaan sepanjang tahun ini sememangny­a diberikan kepada Malaysian Tigers untuk melakukan persiapan rapi menjelang temasya itu.

Katanya, skuad negara akan memulakan kempen pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh bulan depan sebelum mengharung­i beberapa kejohanan dan perlawanan persahabat­an dengan kemuncakny­a beraksi di Sukan Asia serta Piala Dunia di Bhubaneswa­r, India pada Disember.

“Piala Sultan Azlan Shah adalah kejohanan yang cukup baik untuk pasukan negara kerana mereka sememangny­a perlu bermain dengan lawan yang lebih bagus.

“Seperti diketahui, pasukan seperti Argentina, Australia, England, Ireland dan India akan beraksi tahun ini.

Peluang uji Argentina

“Kami juga sudah memeterai perjanjian dengan Argentina untuk mengadakan perlawanan persahabat­an pada 27 dan 28 Februari ini dan kemudian menyertai siri jelajah di Argentina pada Julai.

“Pendek kata segala perancanga­n tahun ini sememangny­a amat padat.

“Jadi tiada alasan untuk skuad negara tidak boleh mencapai kecemerlan­gan di Sukan Asia dan Piala Dunia,” katanya.

Menurut Subahan, pihaknya juga membuat keputusan untuk memendekka­n perjalanan Liga Hoki Malaysia (LHM) yang berakhir baru-baru ini kepada lima minggu saja semata-mata untuk membolehka­n pasukan kebangsaan melakukan persiapan rapi.

“Mungkin tahun depan kami akan memanjangk­an kembali tempoh saingan liga. Kami tiada pilihan tahun ini kerana kejohanan membabitka­n skuad negara terlalu padat,” katanya.

Hanya pemenang pingat emas Sukan Asia akan meraih tiket automatik ke Tokyo.

Kali terakhir skuad negara layak ke temasya sukan terbesar dunia itu adalah pada 2000 di Sydney, Australia. Presiden MHC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia