Berita Harian

Monster Yamaha Tech 3 mampu julang pelumba kita

-

Subang: Prinsipal pasukan Monster Yamaha Tech 3, Herve Poncharal gembira dapat menandatan­gani Hafizh Syahrin Abdullah, walaupun perlu meyakinkan banyak pihak mengenai kemampuan penunggang itu.

Poncharal, yang yakin dengan keupayaan Hafizh, mengakui terpaksa mengharung­i tugas sukar untuk meyakinkan semua pemegang taruh pasukan bagi menandatan­gani pelumba Moto2 Malaysia itu untuk menggantik­an Jonas Folger.

“Ia proses yang panjang untuk mencari seseorang (menggantik­an Folger), siapakah yang paling sesuai?” kata Poncharal.

“Di Sepang saya bertemu Datuk Razlan Razali, kami hanya bersembang dan dari semasa ke semasa timbul idea gila (menandatan­gani Hafizh) yang akhirnya menjurus kepada keputusan terbaik.

Puas hati

“Kami terpaksa meyakinkan orang di sekeliling kami yang Hafizh mampu menjadi penunggang Motogp yang bagus. Jadi kami memberikan­nya ujian sukar sepanjang tempoh tiga hari di Buriram.

“Akhirnya dia menyempurn­akan misi dengan cemerlang. Yamaha lebih daripada gembira dengan persembaha­nnya dan seluruh pasukan Tech 3 juga berpuas hati.”

Poncharal berkata pasukan Tech 3 akan membimbing Hafizh seperti pelumba mereka sendiri.

“Saya amat berbesar hati dan bangga untuk memberikan peluang ini kepadanya dan saya tahu ia akan menjadi sesuatu yang bersejarah kerana ini kali pertama pelumba Malaysia menyertai musim penuh Motogp. Kami turut sedar betapa popularnya sukan ini di sini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia