Berita Harian

Pasukan Motogp Perancis ikat Hafizh setahun

- Oleh Fadhli Ishak

Subang: Hafizh Syahrin Abdullah kini rasmi menyertai sa ingan Motogp musim ini apabila sah mewakili pasukan Monster Yamaha Tech 3 bermula semalam.

Pasukan berpangkal­an di Perancis itu mengikat Hafizh untuk kontrak setahun sebagai pengganti Jonas Folger yang terpaksa melupakan saingan musim ini akibat masalah kesihatan.

Tech 3 turut menampilka­n penunggang rookie terbaik Motogp 2017, Johann Zarco dan antara pasukan bukan pengeluar terkuat dalam Motogp.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali, yang memainkan peranan penting dalam memastikan perjanjian saat akhir itu berkata, ia satu detik bersejarah dalam arena sukan permotoran negara.

Hafizh bukan saja penunggang pertama Malaysia beraksi dalam kelas perdana itu tetapi juga yang pertama dari rantau Asia Tenggara.

“Pada jam 4 petang tadi (semalam), kami menerima pengesahan daripada Tech 3 yang Hafizh akan menunggang untuk mereka bagi musim 2018,” kata Razlan pada sidang media, semalam.

“Ini adalah pengumuman bersejarah untuk sukan permotoran negara. Selepas 27 tahun menganjurk­an Motogp, kali pertama di Litar Batu Tiga, diikuti Pasir Gudang dan kemudian Sepang, kita akhirnya mempunyai pelumba pertama bertanding dalam kelas perdana.

“Ini kemajuan yang membanggak­an, kita bekerja keras untuk mendapatka­n peluang ini. Ia adalah untuk Hafizh dan hadiah kepada rakyat Malaysia yang akan menyaksika­nnya berlumba dalam saingan Motogp musim ini.

Peluang kembang karier

“Ia juga peluang buat Zulfahmi Khairuddin untuk menghidupk­an kembali kariernya (dalam Moto2).

“Zulfahmi akan menggantik­an tempat Hafizh dalam saingan Moto2 bersama SIC Racing Team. Pasukan Moto3 PETRONAS Sprinta Racing yang turut diuruskan oleh SIC akan menampilka­n Adam Norrodin dan penunggang Jepun, Ayumu Sasaki. Ini kali pertama Malaysia mempunyai pelumba dalam ketigatiga kategori Moto3, Moto2 dan Motogp.”

Razlan menyatakan beliau akan menyerahka­n kepada prinsipal pasukan Tech 3, Herve Poncharal untuk terus membentuk karier Hafizh.

“Kita serahkan Hafizh kepada Herve. Beliau akan membimbing dan membentukn­ya untuk menjadi penunggang lebih baik, lebih berpengala­man dan mampu bersaing dengan penunggang ternama seperti Valentino Rossi, Jorge Lorenzo dan Marc Marquez.

“Kami uruskan setakat yang mampu tapi ia terpulang kepada Hafizh untuk melakukan kerjanya di litar. Dia melakukann­ya dengan baik di Buriram barubaru ini dan mengejutka­n banyak pihak dengan persembaha­nnya, sekali gus memastikan tempat itu miliknya,” katanya.

Hafizh baru saja menamatkan ujian pramusim selama tiga hari bersama Tech 3 di Litar Buriram, Thailand.

Musim Motogp akan bermula di Litar Antarabang­sa Losail, Qatar pada 18 Mac depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia