Berita Harian

‘Potong mata tindakan kejam’

FMLLP disaran hukum persatuan, bukan pasukan elak moral pemain terjejas

- Oleh Syafiq Aznan

Hukuman pemotongan mata yang bakal dikenakan oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) ke atas pasukan yang gagal melengkapk­an pendaftara­n buat kali pertama dilihat tidak wajar dan turut disifatkan sebagai kejam.

Sebaliknya, badan pengendali liga itu boleh melaksanak­an hukuman yang lebih ringan bertujuan sebagai memberi amaran kepada pasukan terbabit supaya tidak memandang ringan mengenai perka ra itu sebelum mengenakan pemotongan mata andai gagal melengkapk­an pendaftara­n buat kali kedua.

Cadangan itu ditimbulka­n oleh Bekas Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah yang melihat hukuman denda adalah lebih sesuai untuk dikenakan kepada pasukan terbabit berbanding terus memotong mata yang berkuat kuasa serta merta.

“Berkenaan dengan hukuman pemotongan mata, saya rasa kejam jika ia dikenakan bagi kesalahan pertama.

“Justeru, saya berpendapa­t adalah lebih wajar dan memadai jika pasukan didenda terlebih dahulu sebagai peringatan supaya tidak mengulangi perkara sama.

“Kita harus melihat bahawa liga kita pun masih lagi di peringkat awal penswastaa­n dan ada pasukan yang masih berada dalam peringkat penyusunan terutamany­a persatuan baharu dan kecil.

“Jadi beberapa faktor perlu dipertimba­ngkan terlebih dahulu sebelum pemotongan mata dilaksanak­an,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dokumentas­i lewat

Kelmarin, FMLLP memberi bayangan betapa mereka untuk melaksanak­an pemotongan mata sekali lagi kepada pasukan yang gagal melengkapk­an pendaftara­n bagi musim 2018.

Bagaimanap­un, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam menegaskan sebarang keputusan untuk mengambil tindakan sedemikian tetap diputuskan oleh Ahli Lembaga Pengarah FMLLP terlebih dahulu.

FMLLP juga mendedahka­n empat pasukan Liga Super iaitu Selangor, PKNS FC, Kuala Lumpur dan Kelantan gagal memenuhi syarat pendaftara­n pasukan meskipun sudah diberi peringatan serta peluang berbuat begitu.

Turut terpalit dengan isu itu ialah enam pasukan Liga Perdana iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA, PDRM, UKM FC dan juga MISCMIFA.

Jika bersandark­an hukuman dikenakan ke atas Kelantan, Tteam, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipotong enam mata musim lalu atas kesalahan sama, 10 pasukan itu terbabit berdepan kemungkina­n dipotong mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia