Berita Harian

Davies tekad benam Selangor

-

Kuantan: Kapten Pahang, Matthew Davies mahu rakan sepasukan meneruskan rentak positif menjelang pertemuan dengan Selangor, Sabtu ini.

Pemain kelahiran Australia itu berkata, kemenangan 30 ke atas Kelantan nyata memberi suntikan semangat kepada skuad Tok Gajah bagi merekodkan kemenangan kedua.

Katanya, tiada yang mustahil untuk merealisas­ikan impian itu apabila pasukannya melakukan kebangkita­n selepas gagal menyerlah pada pertemuan dengan Perak dan PKNS FC.

“Saya percaya kejayaan menewaskan Kelantan banyak membantu meningkatk­an prestasi pasukan dan saya harap ia dapat dipersemba­hkan pada pertemuan dengan Selangor Sabtu ini.

Sudah cukup rehat

“Tempoh rehat juga turut mem beri lebih keyakinan kepada kami untuk bersedia kerana Selangor bukannya pasukan mudah ditewaskan,” katanya.

Mengulas kehadiran penyerang import berpengala­man, Forkey Doe, Davies mengakui gembira dengan sentuhan pemain berasal dari Liberia itu.

Katanya, Forkey Doe yang menjaringk­an satu gol ketika menewaskan The Red Warriors memberi inspirasi kepada rakan sepasukan untuk bermain dengan lebih baik.

“Hasilnya kami berjaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super selepas sekadar meraih satu mata daripada dua perlawanan sebelumnya.

“Saya harap Forkey Doe akan muncul penjaring pada perlawanan dengan The Red Giants Sabtu ini, sekali gus membawa pulang tiga mata,” katanya.

 ?? [ FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH ] ?? Aksi Davies (kiri) ketika Pahang menewaskan Kelantan pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur.
[ FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH ] Aksi Davies (kiri) ketika Pahang menewaskan Kelantan pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia