Berita Harian

Rumah sewa bantu pesakit

-

Sibu: Inisiatif Kementeria­n Kesihatan menyewa dua lot rumah kedai bagi menangani kesesakan pesakit di poliklinik di Jalan Oya, di sini, mampu menambah baik kehidupan penduduk.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bukit Assek, Joseph Chieng, berkata masalah itu sudah lama berlanjuta­n dan usaha berkenaan memperliha­tkan kesungguha­n kerajaan dalam menyediaka­n kemudahan kesihatan lebih selesa untuk rakyat.

“Dalam sehari, purata 700 hingga 1,000 pesakit berkunjung ke poliklinik ini bagi mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan dan rawatan. Malah, jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding kapasiti asal poliklinik.

“Saya sendiri ada berbincang mengenai isu ini bersama beberapa pegawai Kementeria­n Kesihatan. Ini membuktika­n kementeria­n peka dan mengambil inisiatif menyewa dua lot rumah kedai berhampira­n,” katanya ketika dihubungi semalam.

Langkah proaktif

Beliau berkata, penyewaan lot kedai itu juga disifatkan sebagai penyelesai­an jangka pendek kerana penyelesai­an terbaik adalah membesarka­n atau membina sebuah poliklinik baharu di Sibu.

“Bangunan poliklinik sedia ada sudah berusia puluhan tahun, jadi sebuah lokasi baharu perlu dikenal pasti untuk membina poliklinik baharu,” katanya.

Chieng berkata, selain poliklinik berkenaan, penduduk setempat boleh mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan, termasuk empat Klinik 1Malaysia yang ada di bahagian ini.

Selain Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Sibu, kemudahan sama disediakan di Rejang Park, Jalan Bandong dan Jalan Salim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia