Berita Harian

Sabah terus prihatin asipirasi semua kaum

Kestabilan politik, sosioekono­mi jadi tumpuan

- Oleh Avila Geraldine

Kerajaan Sabah komited memastikan prinsip kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial terus ditegakkan di negeri ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata kerajaan negeri pimpinanny­a juga akan terus berusaha mengukuhka­n nilai positif untuk faedah rakyat, termasuk bekerja keras memperting­kat kualiti hidup dan mengekalka­n keharmonia­n penduduk Sabah.

“Saya harus menekankan bahawa sebarang tindakan boleh mewujudkan kesan negatif terhadap perpaduan dan kestabilan, harus dielakkan supaya kita dapat mencapai aspirasi untuk membangun serta membawa kemajuan Sabah ke tahap lebih baik.

“Dalam menjalanka­n program pembanguna­n di Sabah, kerajaan negeri tidak pernah mengetepik­an mana-mana kaum atau kumpulan etnik.

“Ini terbukti dengan komitmen kita memperuntu­kkan sejumlah besar dana setiap tahun kepada sekolah dan tempat ibadat bukan Islam, termasuk masyarakat Cina. Kita tetap ikhlas memastikan semua rakyat Malaysia di Sabah dilindungi secara adil dan saksama,” katanya.

Pesta Ang Pau

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pesta Ang Pau sempena Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) yang turut dihadiri Presiden FCAS, Tan Sri TC Goh, di Dewan Hakka, Likas di sini, malam kelmarin.

Pada majlis itu, Musa turut mengumumka­n peruntukan RM50,000 kepada FCAS bagi menganjurk­an aktiviti pertubuhan berkenaan.

Musa yang juga Menteri Kewangan tidak ketinggala­n meminta masyarakat Cina di Sabah memberi sokongan padu kepada kerajaan, selain turut memainkan peranan penting dalam pembanguna­n dan kemajuan negeri ini.

“Saya percaya kestabilan politik, perpaduan, keharmonia­n dan nilai penerimaan yang kita amalkan di Sabah, akan terus menyumbang ke arah kemajuan serta kemakmuran negeri,” katanya.

Beliau juga gembira kerana perayaan Tahun Baharu Cina terus disambut penuh muhibah dan meriah oleh segenap lapisan masyarakat di Sabah.

“Kita sedar bahawa dalam masyarakat berbilang kaum, semangat perpaduan kukuh adalah asas penting ke arah kejayaan pembanguna­n negara dan kesejahter­aan rakyat secara keseluruha­n,” katanya.

Saya harus menekankan bahawa sebarang tindakan boleh mewujudkan kesan negatif terhadap perpaduan dan kestabilan harus dielakkan”

Musa Aman, Ketua Menteri Sabah

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] ?? Musa menggaul Yee Sang ketika Pesta Angpau di Likas, malam kelmarin.
[FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] Musa menggaul Yee Sang ketika Pesta Angpau di Likas, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia