Berita Harian

DBP Sarawak perlu pelan strategik: Abang Johari

-

Kuching: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak perlu merangka pelan strategik bagi membawa aset kesenian dan kebudayaan negeri ini ke tahap lebih tinggi.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata pelan berkenan amat penting bagi menentukan hala tuju kebudayaan dan kesenian pelbagai kaum di negeri ini pada masa depan.

“Kita berharap kongres yang bakal diadakan ini menjadi tempat untuk kita merangka pelan berkenaan. Malah, pemikiran kreatif dalam kalangan kita, sepanjang kongres ini berlangsun­g nanti, mampu membawa kepada pandangan serta idea yang memberi manfaat besar kepada kesenian bangsa yang kita warisi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kongres Seni 2018, di sini semalam yang turut dihadiri Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, , Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abang Johari ketika mengulas lanjut turut menyatakan usaha serius perlu dilaksanak­an mampu memartabat­kan kegiatan seni Sarawak ke tahap lebih tinggi pada masa depan.

Pusat seni

Berikutan itu, katanya, kerajaan negeri ketika ini sedang merancang menjadikan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di Petra Jaya sebagai pusat pengembang­an kesenian dan kebudayaan mewakili pelbagai kaum serta etnik di Sarawak.

“Dengan adanya pusat berkenaan, pelbagai aktiviti untuk memelihara kesenian dan kebudayaan warisan akan dapat dilaksanak­an,” katanya.

Walaupun tidak menjelaska­n bila pusat kebudayaan itu akan dibentuk sepenuhnya, Abang Johari, usaha ke arah itu sedang giat dijalankan.

“Kerajaan negeri serius dalam usaha untuk memelihara kesenian dan kebudayaan kerana ia adalah identiti kita,” katanya.

 ?? [FOTO NADIM BOKHARI/BH] ?? Abang Johari melawat gerai pameran Seni Sarawak 2018 di Kuching, semalam. selepas Merasmikan Majlis Kongres
[FOTO NADIM BOKHARI/BH] Abang Johari melawat gerai pameran Seni Sarawak 2018 di Kuching, semalam. selepas Merasmikan Majlis Kongres

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia