Berita Harian

Dua pesakit Hepatitis A dilapor stabil

-

Kuching: Dua penduduk di Kampung Asajaya di Kota Samarahan disahkan dijangkiti wabak Hepatitis A.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr Jamilah Hashim, berkata mangsa bagaimanap­un sudah mendapatka­n rawatan di hospital swasta sebagai pesakit luar dan stabil.

Beliau berkata, susulan itu semua klinik di Bahagian Kota Samarahan diarah menjalanka­n pemeriksaa­n rapi terhadap sebarang kes yang mempunyai tanda-tanda klinikal wabak itu khususnya dari Kampung Asajaya Laut.

“Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak mengesahka­n mesej tular di media sosial mengenai surat arahan yang dikeluarka­n oleh Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Samarahan kepada semua klinik di Bahagian Samarahan untuk mengesan sebarang tanda klinikal Hepatitis A,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap mesej arahan itu yang tular di media sosial khususnya Facebook dan Whatsapp sejak beberapa lalu.

Dr Jamilah berkata, orang ramai harus mengetahui tanda-tanda klinik penyakit bawaan makanan dan air itu bagi membolehka­n tindakan segera diambil untuk menanganin­ya.

“Pesakit yang dijangkiti virus akan mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti loya, muntah, letih, cirit-birit, demam, kencing berwarna gelap dan jaundis.

Bawaan makanan, air tercemar

“Cara jangkitan utama ialah melalui makanan dan air yang tercemar dengan najis yang mengandung­i Hepatitis A virus,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, aktiviti pengesanan kes secara aktif dilaksanak­an bermula pada 15 Februari 2018 lalu sehingga kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia