Berita Harian

Lebih 1,000 serbu karnival jualan murah

-

Tawau: Lebih 1,000 pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatka­n barangan keperluan harian dengan harga lebih murah sempena Karnival Jualan Sentuhan Rakyat Peringkat Parlimen Kalabakan di Dewan Datuk Seri Najib Tun Razak, dekat Merotai, di sini semalam.

Program bermula seawal jam 8 pagi itu dianjurkan Pergerakan Wanita UMNO Kalabakan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) serta syarikat pemborong.

Jualan itu menawarkan lebih daripada 24 jenis barangan keperluan asas antaranya beras, tepung, minyak masak, gula, bawang, ayam, susu tepung dan telur yang dijual pada harga murah berbanding harga pasaran.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghaffur Salleh ketika merasmikan program berkenaan berkata, penganjura­n karnival jualan itu diharap dapat membantu rakyat di luar bandar terutama golongan berpendapa­tan rendah untuk berbelanja pada harga berpatutan.

“Saya berharap program seumpama ini diperluask­an dan diadakan sebulan sekali dengan menyasarka­n kawasan tertentu terutama di pedalaman seperti FELDA Umas dan Bombalai,” katanya.

Datang awal

Tinjauan mendapati, orang ramai sanggup datang awal dan beratur panjang untuk mendapatka­n pelbagai barangan antaranya sardin yang dijual pada harga serendah 30 sen setin.

Sementara itu, Pengarah Syarikat Pemborong Usaha Bagus Enterprise, Sabri Pelu, 49, berkata, barangan asas dan keperluan dapur dijual pada harga lebih murah bagi mengurangk­an beban rakyat dalam berbelanja.

“Sambutan amat menggalakk­an dan di luar jangkaan. Hari ini sebanyak 50 karton tin ikan sardin dijual pada harga 30 sen habis terjual dalam tempoh setengah jam,” katanya.

Pengunjung, Fatimah Mohd Ali, 65, berpuas hati dan memuji penganjura­n program terbabit yang membantu meringanka­n kos perbelanja­an barangan dapur.

“Harga memang sangat murah dan berpatutan walaupun ada sesetengah barangan ada had pembelian, tetapi saya berpuas hati dan berterima kasih kepada kerajaan dan penganjur,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia