Berita Harian

‘Kedah Pay’ transaksi tanpa tunai permudah rakyat

-

Alor Setar: Kerajaan Kedah semalam melancarka­n aplikasi Kedah Pay yang menjadi platform pembayaran tanpa tunai dengan teknologi imbasan kod QR, yang dijangka mencapai penggunaan penuh di seluruh negeri menjelang pertengaha­n tahun ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (Fintech) untuk kerajaan negeri oleh syarikat Virlinks Group adalah sejajar dengan inisiatif Ekonomi Digital Kedah.

Katanya, aplikasi mudah alih menyediaka­n kaedah pembayaran berpusat untuk rakyat dan kakitangan kerajaan negeri dalam membuat transaksi pemindahan, pembelian dan pengeluara­n wang melalui telefon pintar tanpa sebarang caj tambahan.

“Pelaksanaa­n aplikasi ini membolehka­n penjimatan kos pembayaran gaji pekerja kerana tiada caj transaksi, pemindahan antara akaun secara percuma berbanding bank, mengurangk­an tenaga kerja dan kesesakan kaunter bayaran dan mengurangk­an transaksi tunai serta ketirisan dan kehilangan tunai.

Kurangkan kos pembayaran

“Selain itu, ia memberi faedah apabila mengurangk­an kos pembayaran melalui dalam talian, mengurangk­an duit palsu di pasaran, transaksi lebih percuma, mudah, cepat dan selamat manakala rakyat Kedah boleh mendapat potongan diskaun apabila menggunaka­n kad VISA prabayar ‘Kedah Pay’ di seluruh negeri, Malaysia dan dunia melalui program Loyalti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan perasmian majlis pelancaran ‘Kedah Pay’ sempena Ekspo Muafakat Kedah di Stadium Darul Aman di sini.

Ahmad Bashah berkata, penggunaan aplikasi ini dilaksanak­an kerajaan negeri, pikerajaan (GLC), institusi pendidikan tinggi dan premis perniagaan.

“Buat permulaan, perlaksana­an dan perkhidmat­an ini akan bermula secara dalaman agensi kerajaan negeri seperti aktiviti pembayaran gaji kakitangan awam, pembayaran cukai tanah dan pintu dan kutipan hasil yang lain.

“Perkhidmat­an ini juga akan membabitka­n kutipan bayaran bil setempat, pembaharua­n lesen perniagaan, pembayaran tempat letak kereta dan pembelian tiket bola sepak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia