Berita Harian

Artis anak Terengganu bantu promosi pelanconga­n

Sokong usaha, aktiviti dilaksana kerajaan negeri majukan rakyat

- Oleh Aslina Abu Bakar dan Zaid Salim

Penampilan artis kelahiran Terengganu memainkan peranan besar dalam membantu kerajaan mempromosi sektor pelanconga­n di negeri ini.

Ekspo Terengganu 2018 bukan sahaja menampilka­n artis baharu meningkat naik seperti Aiman Tino, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Hael Husaini, Siti Nordiana dan Akim and the Majistret, malah turut mengundang penyanyi anak Terengganu, Ameng Spring, Faizal AF4, Syafiq Farhain, dan Mad Dan bagi memeriahka­n ekspo.

Bagi vokalis kumpulan Spring, Ameng kerjasama artis dari kalangan anak tempatan amat diperlukan kerana ia memberi situasi menang-menang antara kerajaan mempromosi negeri, selain membantu artis tempatan mengadakan konsert.

“Secara peribadi saya mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri yang sentiasa menyediaka­n program untuk rakyat, termasuk kepada saya yang juga anak jati Terengganu.

“Sepanjang tahun ada sahaja program dilaksanak­an termasuk program hiburan, pendidikan, un- tuk pengisian masa rakyat negeri ini,” kata artis kelahiran Besut itu.

Harap program diteruskan

Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 52, berkata sebagai anak Terengganu dia juga berbangga apabila kerajaan memberi keutamaan kepada artis Terengganu membuat persembaha­n, termasuk pada Ekspo Terengganu 2018 yang menjadi ekspo terbesar di negeri ini.

“Sekarang ramai artis kelahiran Terengganu yang popular termasuk kumpulan Iklim, Spring, Visa, Anis Suraya, Azian Mazwan Sapwan serta Faizal.

“Saya harap program sebegini diteruskan pada masa akan datang bukan sahaja untuk menggalakk­an sektor pelanconga­n, tetapi untuk Vokalis kumpulan Spring bersama-sama menyokong artis tempatan.

“Bagi bekas juara Akademi Fantasia Musim Ke-4 (AF4), Faizal berpendapa­t ekspo sebegitu menunjukka­n suasana harmorni dalam kalangan masyarakat.

“Sebagai anak jati Terengganu, saya memang sentiasa menyokong aktiviti yang dilaksanak­an kerajaan.

“Malah, saya lihat, semua artis yang diundang pada ekspo ini memberi komitmen yang sangat baik.

“Selain itu, aktiviti sebegini perlu diperbanya­kkan bukan sahaja untuk mempromosi pelanconga­n yang ada di negeri ini, malah menampilka­n juga identiti Terengganu yang berbeza dengan negeri lain,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] ?? Dari kiri, Mat Dan, Faizal dan Ameng antara artis Terengganu turut sama memeriahka­n program sempena Ekspo Terengganu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.
[FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] Dari kiri, Mat Dan, Faizal dan Ameng antara artis Terengganu turut sama memeriahka­n program sempena Ekspo Terengganu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia