Berita Harian

MIEA cadang longgar syarat pembiayaan rumah pertama

-

Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) meminta pihak berkuasa dapat melonggark­an dan meringanka­n sedikit beberapa syarat pembiayaan yang dikenakan untuk pembeli.

Presidenny­a, Eric Lim, berkata ini kerana ramai pembeli terutama pembeli pertama mengadu kepada ahli mereka mengenai kesukaran mendapatka­n pembiayaan daripada bank.

“Walaupun Malaysia mencatat pertumbuha­n ekonomi yang kukuh tahun lalu iaitu 5.9 peratus dan kadar penganggur­an rendah 3.4 peratus, namun petunjuk positif ini tidak diterjemah­kan kepada sektor hartanah.

“Berdasarka­n maklum balas diterima daripada ahli dan pengamal kami, ramai pembeli berminat membeli rumah terutama pembeli rumah pertama dan orang muda, namun terhalang disebabkan syarat pembiayaan yang ketat.

“Sehubungan itu, kami meminta supaya syarat pembiayaan dapat dilonggark­an bagi memudahkan golongan ini membeli rumah,” katanya pada sidang media selepas perasmian Konvensyen Hartanah Tahunan Malaysia (MAREC) 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Perasmian disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong.

MAREC 2018 yang memasuki tahun ke-32 penganjura­nnya pada tahun ini disertai lebih 300 pengamal hartanah dari seuruh negara dengan tema ‘Mendepani Perubahan dengan Inovasi’.

Terdahulu, Chee Leong dalam ucapannya berkata, kerajaan menjangkak­an pasaran hartanah kekal stabil beberapa bulan akan datang disokong oleh pelbagai insentif berkaitan hartanah dan dasar monetari yang akomodatif.

“Hartanah kediaman akan kekal menjadi pemacu utama dengan rumah mampu milik menjadi keutamaan utama dan harga rumah kekal tidak berubah,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat supaya tidak menggunaka­n perlhidmat­an ejen hartanah tidak berdaftar kerana ia adalah salah di sisi undang-undang.

“Kerajaan mengalami kerugian jutaan ringgit dari segi pendapatan disebabkan kewujudan ejen hartanah haram ini.

“Justeru, saya menggesa semua pihak daripada Lembaga Penilaian, ejen hartanah dan pengurus hartanah, MIEA dan pihak berkepenti­ngan supaya bekerjasam­a mencar langkah mengekang isu ini bersama-sama,” katanya.

Maxis Bhd melantik Robert Nason sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara syarikat itu berkuat kuasa 1 April 2018.

Dalam satu kenyataan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia