Berita Harian

Program terapi anak autisme

-

net,” katanya.

Fauzan berkata demikian ketika ditemui pada program Terapi dari Hati ke Hati anjuran Bank Rakyat, di Menara Kembara Bank Rakyat, baru-baru ini.

Luang lebih masa

Selain dihantar ke sekolah khas, beliau dan isteri meluangkan lebih masa dengan Farhan Arif seperti memberikan latihan ke tandas selain melatih kemahiran bercakap bagi menambah kosa kata.

“Ramai ibu bapa tidak mengetahui anak austisme perlu belajar fokus sebelum bercakap. Hubungan mata penting bagi membantu merakamkan apa dilihat, barulah menyuaraka­n,” katanya.

Sementara itu, ibu empat anak, Alina Kamdan, 42, berkata ibu bapa yang memiliki anak austime disaran meluangkan 35 jam seminggu untuk mengurangk­an ciri austistik dialami anak masing-masing.

Anaknya, Dania Arisha Mohd Redzuan, 4, dikesan menghidap autisme pada usia 3 tahun apabila tidak boleh bercakap dan suka menyendiri. Oleh itu, proses pemulihan dilaksanak­an secara berasingan.

Beliau berkata, anaknya perlu dilatih hidup berdikari supaya dapat menyesuaik­an diri apabila menginjak dewasa. Misalnya, beliau menyuruh anak menyarungk­an baju sendiri.

Alina berkata, beliau dan suaminya Mohd Redzuan Hashim, 42, membawa anaknya menyertai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) selain dihantar ke sekolah khas lain sebelah petang.

“Ibu bapa yang ada anak istimewa ini, jangan malu dan jangan membuat penafian, sebaliknya lakukan yang terbaik bagi membantu anak mengurangk­an ciri autistik berkenaan,” katanya. iii Autisme menyebabka­n fungsi memproses maklumat di dalam otak terjejas.

Penghidap menunjukka­n tiga jenis ketidakupa­yaan umum iaitu:

Tidak berupaya bersosisal

Sukar berkomunik­asi

Berhadapan masalah tingkah laku dan pemikiran

Autisme mempunyai ciri dalam kategori berbeza dalam aspek

Interaksi sosial

Komunikasi lisan

Komunikasi bukan lisan

Tingkah laku berulang-ulang

 ??  ?? Sesi terapi cara kerja membantu meningkatk­an perkembang­an motor halus seperti tangan, kaki dan jari tangan kanakkanak autisme.
Sesi terapi cara kerja membantu meningkatk­an perkembang­an motor halus seperti tangan, kaki dan jari tangan kanakkanak autisme.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia