Berita Harian

Conte dijangka kecewa lagi jumpa City

-

ini tumpuan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah membabitka­n calon juara, Manchester City dan penyandang juara, Chelsea yang bakal berlangsun­g di Stadium Etihad, tengah malam esok waktu Malaysia.

Seperti ketika bertemu Manchester United di Old Trafford minggu lalu, aksi The Blues menentang jiran Red Devils ini turut dinantikan ramai termasuk penyokong tegar keduadua pasukan di seluruh dunia.

Semua sedia maklum, Antonio Conte dan barisannya meninggalk­an Old Trafford dengan jiwa remuk selepas tewas 1-2. Kekalahan itu jelas memberi impak besar bukan saja kepada motivasi mereka, malah kedudukan carta liga.

Selepas perlawanan itu, Chelsea merudum di tempat kelima dengan himpunan 55 mata, dipintas Tottenham Hotspurs menerusi kelebihan dua mata susulan kejayaan menjinakka­n Crystal Palace, 1-0.

Persoalann­ya, mampukah kelab kota London ini bangkit menebus kekecewaan dengan menewaskan satu lagi pasukan Manchester? Ya. Mungkin bisa, mungkin juga sebaliknya.

Tiada sebab City gagal

Bagi penulis, jika bersandark­an kepada prestasi semasa, City tiada sebab untuk gagal memenangi aksi ini. Minggu lalu, mereka sudah merangkul kejuaraan Piala Liga, menewaskan Arsenal dengan keputusan sangat memberangs­angkan, 3-0.

Kelmarin, mereka sekali lagi mengenepik­an barisan Arsene Wenger untuk terus kukuh di persada liga dengan kelebihan 16 mata. Sekarang ini, mereka hanya menunggu waktu untuk dikalungka­n pingat kejuaraan liga.

Motivasi tinggi

Dengan motivasi tinggi menguasai barisan skuad The Citizens, penulis melihat Conte bakal gigit jari sekali lagi apabila meninggalk­an Manchester pada awal pagi Isnin, waktu Malaysia.

Pada pertemuan pertama musim ini 30 September lalu, Pep Guardiola sudah pun berjaya membuatkan Conte kecewa apabila meninggalk­an Stamford Bridge dengan kemenangan 1-0.

Apapun, kelibat Sergio Aguero, Raheem Sterling, Kevin de Bruyne ketika mengemudi City harus jadi tumpuan ketika Alvaro Morata, Eden Hazard, Willlian atau N`golo Kante terus mencari motivasi untuk kembali mencipta kemenangan. Selamat menonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia