Berita Harian

Kakitangan JHL jatuh gaung dikejar gajah

-

Telupid: Seorang kakitangan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, cedera akibat terjatuh ke gaung selepas dikejar gajah ketika menghalau haiwan liar terbabit yang berkeliara­n di kawasan Balai Polis Telupid dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid, dekat sini, kelmarin.

Mangsa berusia 30-an itu bagaimanap­un dilaporkan stabil selepas diberi rawatan.

Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga, berkata mangsa terjatuh ke dalam gaung ketika menghalau gajah ke kawasan hutan berhampira­n.

“Mangsa dilaporkan terjatuh ke gaung ketika menyelamat­kan diri apabila dikejar gajah. Mangsa kini sedang dirawat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut konflik gajah dengan manusia di Telupid, Augustine berkata, ia berlaku sejak tahun lalu lagi membabitka­n lebih 20 gajah, namun semuanya dapat ditangkap dan ditempatka­n di Hutan Simpan Deramakot.

Tangani masalah

“Bagaimanap­un, hanya dalam tempoh sebulan kumpulan gajah terbabit kembali semula ke Telupid sejak 18 Disember lalu,” katanya.

Augustine berkata, sepanjang tempoh itu pihaknya terpaksa menghantar beberapa anggotadar­i daerah lain ke Telupid bagi menangani konflik berkenaan.

“Kami juga terpaksa mendapatka­n bantuan belia dari beberapa kampung di Telupid, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pertubuhan Pengarah JHL Sabah bukan kerajaan (NGO), namun setakat ini belum mampu menghalau semula gajah terbabit ke hutan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya sudah menangkap lima gajah dan ditempatka­n di kawasan Hutan Simpan Imbak Canyon.

Semalam, NSTP melaporkan pelajar dan guru SMK Telupid gempar apabila dikejutkan dengan kehadiran seekor gajah yang masuk ke dalam dewan makan asrama.

Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, gajah terbabit masuk ke kawasan sekolah sebelum berkeliara­n dalam dewan makan asrama.

Kelmarin, kumpulan gajah sama memasuki kawasan Balai Polis Telupid selepas merosakkan pagar premis berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia