Berita Harian

Malaysia tegas bantah Resolusi Parlimen EU

Penyisihan bio bahan api berasas sawit dikhuatiri pengaruhi negara pengimport

- Oleh Dr Puah Chiew Wei

Malaysia terus menyuaraka­n bantahan terhadap keputusan pengundian Parlimen Eropah yang menyisihka­n bio bahan api berasaskan sawit sebagai sumber tenaga boleh diperbahar­ui Kesatuan Eropah (EU) bermula tahun 2021.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang mengetuai lawatan kerja ke EU pada 12 dan 13 Februari lalu berkata, keputuan penyisihan ini berpotensi menyebabka­n bio bahan api berasaskan sawit tidak dapat bersaing dari segi harga berbanding dengan bio bahan api berasaskan tanaman lain.

Pada perjumpaan dengan Duta Besar dari negara pengeluar sawit termasuk Colombia, Ecuador, Honduras, Indonesia, Kepulauan Solomon dan Negara Thai, mereka menekankan kepentinga­n industri sawit di negara masing-masing termasuk sumbangann­ya terhadap pembanguna­n sosioekono­mi terutamany­a untuk membasmi kemiskinan dan menyara kehidupan para pekebun kecil.

Bio bahan api yang memenuhi sasaran tenaga boleh diperbahar­ui EU akan terus menikmati subsidi yang disediakan. Keputusan ini juga mendatangk­an impak negatif terhadap industri sawit dan dikhuatiri mempengaru­hi negara-negara pengimport bio bahan api berasaskan minyak sawit yang lain.

Dalam hal ini, delegasi Malaysia menekankan pembanguna­n industri sawit Malaysia yang mampan dan mesra alam serta kepentinga­nnya terhadap pembanguna­n sosioekono­mi negara.

Suarakan bantahan Malaysia

Lawatan kerja turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Datuk K. Yogeesvara­n; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Dr. Kalyana Sundram, dan Pengurus Kanan, Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Dr. Sanath Kumaran.

Lawatan kerja itu bertujuan menyuaraka­n bantahan Malaysia terhadap keputusan pengundian Parlimen Eropah pada 17 Januari 2018 yang menyisihka­n bio bahan api berasaskan sawit sebagai sumber tenaga boleh diperbahar­ui Kesatuan Eropah bermula tahun 2021.

Bagaimanap­un, Parlimen Eropah mengundi untuk membenarka­n bio bahan api berasaskan tanaman lain untuk terus diambil kira ke arah sasaran tenaga boleh diperbahar­ui Kesatuan Eropah sehingga tahun 2030.

Di samping itu, pembanguna­n industri sawit yang mampan termasuk peningkata­n produktivi­ti, pemulihara­an hutan dan biodiversi­ti serta pelaksanaa­n Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori juga dibincangk­an.

Mesyuarat dua hala juga diadakan dengan Pesuruhjay­a Kesatuan Eropah untuk Tindakan Iklim dan Tenaga (European Commission­er for Climate Action and Energy) dan Ketua Pengarah Perdaganga­n.

Tak adil kepada industri sawit

Dalam mesyuarat dua hala itu, keputusan Parlimen Eropah yang mempamerka­n elemen diskrimina­si terhadap minyak sawit dibincangk­an. Bagaimanap­un, pihak EU menekankan, keputusan Parlimen Eropah ini tidak melarang penggunaan dan pengimport­an bio bahan api berasaskan minyak sawit. Malaysia menekankan bahawa jurang tempoh sebanyak 10 tahun ini adalah tidak adil terhadap industri sawit dalam aspek perdaganga­n antarabang­sa.

Pendekatan yang diambil oleh industri sawit negara untuk meningkatk­an produktivi­ti tanaman sawit tanpa perlu membuka kawasan baharu memandangk­an kekangan tanah yang sesuai untuk tanaman sawit juga dibincangk­an.

Semua penggiat industri sawit termasuk lebih 650,000 pekebun kecil sawit akan mematuhi piawaian kemampanan seperti yang digariskan dalam Skim Pensijilan MSPO menjelang 31 Disember 2019.

Malaysia akan meneruskan usaha melobi para Ahli Parlimen EU, negara-negara anggota Kesatuan Eropah dan Suruhanjay­a Kesatuan Eropah dalam menangani cabaran ini. Oleh itu, tindakan secara diplomatik akan diteruskan termasuk komunikasi yang lebih efektif dan interaksi secara berterusan dengan para penggubal dasar EU untuk memberi kesedaran demi menangani persepsi negatif terhadap minyak sawit.

 ??  ?? Datuk Seri Mah Siew Keong menghadiri mesyuarat dua hala dengan Pesuruhjay­a Kesatuan Eropah untuk Tindakan Iklim dan Tenaga di Brussels, Belgium
Datuk Seri Mah Siew Keong menghadiri mesyuarat dua hala dengan Pesuruhjay­a Kesatuan Eropah untuk Tindakan Iklim dan Tenaga di Brussels, Belgium

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia