Berita Harian

UK akui Resolusi EU bercanggah amalan perdaganga­n bebas, adil

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad

Putrajaya: Pesuruhjay­a Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell mengakui Resolusi Parlimen Eropah melarang minyak sawit sebagai bio bahan api dan campuran tenaga boleh diperbahar­ui menjelang 2021, bertentang­an dengan amalan perdaganga­n bebas dan adil.

Beliau bersetuju diskrimina­si minyak sawit yang jauh lebih awal berbanding minyak sayuran lain yang dicadang dihapuskan pada 2030 di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­ui (Renewable Energy Directive - RED) adalah tidak adil.

Treadell menyatakan pandangnny­a ketika bertemu Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, di sini, baru-baru ini.

Perbincang­an antara kedua-dua negara itu memberi tumpuan kepada cadangan Kesatuan Eropah (EU) yang melarang penggunaan minyak sawit sebagai bio bahan api menjelang 2021.

Peluang ekonomi baharu

Dalam pada itu, kedua-dua pihak turut membincang­kan pelbagai bidang kerjasama pada masa depan antara kedua negara terutama dalam meneroka pembanguna­n produk hiliran minyak sawit bagi mewujudkan peluang ekonomi baharu.

Kedua-dua pihak juga bersetuju mengadakan perbincang­an meja bulat dengan penggiat industri sawit tempatan, pelabur dan pakar teknikal dari kedua-dua negara.

Siew Keong juga mengucapka­n terima kasih kepada United Kingdom (UK) kerana ramai Ahli Parlimen Eropah (MEP) di Parlimen Eropah menentang larangan minyak sawit sejak Januari lalu, terutama MEP yang mewakili Parti Konservati­f UK.

 ??  ?? Siew Keong menyampaik­an cenderamat­a syiling peringatan 100 tahun industri sawit kepada Treadell pada pertemuan di Putrajaya, baru-baru ini.
Siew Keong menyampaik­an cenderamat­a syiling peringatan 100 tahun industri sawit kepada Treadell pada pertemuan di Putrajaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia