Berita Harian

Thailand, Ghana tinjau kepakaran bangun industri sawit Malaysia

- Oleh Siti Nurhajar Mariam Che Jaafar

Bangi: Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata produk sawit mampan Malaysia bukan sahaja penting untuk rakyat negara ini, bahkan turut sama penting kepada pengguna di lebih 200 negara lain di dunia.

“Negara luar kini boleh bergantung kepada sumber bekalan produk sawit yang terjamin dari Malaysia yang berkualiti dan mampan.

“Pelaksanaa­n pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori kepada penggiat industri menjelang hujung tahun 2019 membantu melonjakka­n lagi kualiti minyak sawit mampan tempatan ke tahap global” katanya semasa berucap mengalu-alukan Menteri Kewangan Thailand, Sontirat Sontijiraw­ong yang mengunjung­i ibu pejabat MPOB, di sini baru-baru ini.

Kunjungan beliau dan delegasi bertujuan mendapatka­n pendedahan mengenai polisi, pengurusan, dan kawal selia aktiviti industri sawit yang dipraktikk­an MPOB.

Sebagai pemangkin kesejahter­aan industri, MPOB melesenkan semua aktiviti berkaitan dengan penanaman, penjualan, pembelian, pengeluara­n, pemindahan, penyimpana­n, pemeriksaa­n, pengujian, pengekspor­tan, pengimport­an dan pengilanga­n produk sawit bagi memastikan kualiti produk sawit mencapai piawaian yang ditetapkan MSPO.

Dalam satu kunjungan lain, Ahmad Hamzah turut menerima kunjungan Timbalan Menteri Perdaganga­n dan Industri Ghana, Robert Ahomka Lindsey, dan delegasi yang bertujuan mengenali industri sawit negara selain meneroka potensi kerjasama dengan MPOB.

Ahmad Hamzah berkata, lawatan seumpama ini mampu memberi pemahaman yang lebih baik mengenai perkembang­an sektor industri sawit Malaysia dan tanggungja­wab yang digalas MPOB dalam penyelidik­an dan pembanguna­n industri.

MPOB yang dilihat sebagai pusat rujukan terulung dalam penyelidik­an sawit dunia mendorong delegasi berkenaan mengambil kesempatan berkunjung ke MPOB sempena Forum Urban Dunia (WUF) yang dihadiri di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketika pertemuan itu, Robert mengutarak­an beberapa amanat utama mewakili kerajaan dalam mencari peluang kerjasama bersama MPOB. Antara hasrat yang diluahkan beliau ialah harapan berkolabor­asi bersama MPOB khususnya dalam penyelidik­an teknologi yang dibangunka­n MPOB.

“Ghana mempunyai lebih 6.3 juta hektar tanah subur untuk dibangunka­n sebagai tanah pertanian. Dengan ini kami merancang untuk mentransfo­rmasi industri pertanian sedia ada dengan memberi lebih fokus tanaman sawit yang dilihat mampu memberi pulangan jangka panjang berbanding tanaman komoditi lain di Ghana. Bagi merealisas­ikan misi itu, bantuan dan sokongan MPOB amat saya alu-alukan,” kata Robert.

Katanya, sawit adalah tanaman komoditi utama di Ghana dan merupakan negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar di Benua Afrika dan ke-10 di dunia.

 ??  ?? Sontirat Sontijiraw­ong menandatan­gani buku pelawat pada lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat MPOB di Bangi, sambil diperhati Datuk Seri Ahmad Hamzah (kanan).
Sontirat Sontijiraw­ong menandatan­gani buku pelawat pada lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat MPOB di Bangi, sambil diperhati Datuk Seri Ahmad Hamzah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia