Berita Harian

Pelaksanaa­n pensijilan sawit mampan jamin pasaran peringkat antarabang­sa

-

Pemboikota­n Negara Eropah terhadap hasil sawit negara sebenarnya telahpun bermula semenjak tahun 2014 melalui pelabelan ‘No Palm Oil’ pada kebanyakan produk makanan dan minuman keluaran mereka. Negara Eropah menyatakan alasan meletakkan pelabelan sedemikian pada produk keluaran mereka disebabkan penggunaan tanah gambut bagi penanaman sawit, penebangan hutan yang tidak terkawal oleh negara pengeluar sawit dan pembakaran terbuka secara besar-besaran yang mengakibat­kan bencana jerebu.

Pelabelan sebegini sudah pastinya akan memberikan persepsi buruk kepada pengguna iaitu penggunaan minyak sawit boleh membawa kemudarata­n di dalam makanan. Jelas sekali produk makanan merupakan salah satu sasaran barat dalam mempengaru­hi pemikiran pengguna untuk memboikot makanan berasaskan minyak sawit. Sebanyak 489 produk yang mempunyai label ‘ No Palm Oil ’ dikenal pasti milik ahli ‘Roundtable Sustainabl­e Palm Oil’ (RSPO). Walaupun produk dengan label ini kebanyakan­nya dijual di negara-negara Eropah, namun produk-produk ini boleh dijumpai di pasaran Malaysia.

Selain Negara Eropah, Jepun turut berpendiri­an seperti Amerika Syarikat iaitu untuk mengimport komoditi sawit yang hanya memiliki MSPO. Apabila Parlimen Kesatuan Eropah (EU) meluluskan dua resolusi pada tahun 2017 dan 2018 yang mewajibkan pensijilan mampan dan sekatan penggunaan minyak sawit dalam bio bahan api mulai tahun 2021, ini menun- jukkan mereka mengamalka­n amalan aparteid tanaman dan merupakan permulaan hari hitam bagi perdaganga­n bebas dan adil. Mungkin sudah tiba masanya kita memikirkan kembali usahasama dan dagangan dengan negara Eropah. Mereka melakukan pelbagai usaha pemasaran supaya Malaysia membeli produk mereka namun pada masa yang sama enggan membeli produk dari Malaysia.

Bagi mengatasi isu kemampanan, kerajaaan melaksanak­an pensijilan sawit bagi menjamin pasaran minyak sawit terus mampan di peringkat antarabang­sa. Isu kemampanan mampu mengancam industri sawit dan menjadikan pasaran sawit kurang kompetitif di kalangan negara pengeluar sawit. Melihat kepada kepentinga­n ini, semua produk sawit yang dikeluarka­n oleh sesebuah negara perlu memberi perhatian kepada isu kemampanan bagi menjamin penerimaan pasaran global.

Bermula pada Januari 2015, Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi telah menubuhkan Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysi (MPOCC). MPOCC berperanan mentadbir urus skim

PEMENANG KATEGORI 2:

AWAM

Hadiah Pertama

Nurul Hayatee Mohamed Yatim Taman Johor Jaya Johor Bahru, Johor

Hadiah Kedua

Mohammas Suffian Fauzi Taman Pengadang Jaya Kuala Terengganu, Terengganu

Hadiah Ketiga

Fatin Afikah Abdul Sani Taman Beringin Kulim, Kedah pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) termasuk menyelaras proses penetapan standard Skim MSPO yang dilaksanak­an secara sukarela meliputi syarikat ladang, pekebun kecil termasuk di bawah skim FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi kerajaan negeri serta para pekebun kecil persendiri­an.

Skim MSPO ternyata jauh lebih murah dan lebih bersesuaia­n dengan keadaan di negara kita serta memberi wajaran yang setara kepada tiga elemen kemampanan 3P, iaitu pembanguna­n sosial (People), penjagaan alam sekitar (Planet) dan pembanguna­n ekonomi (Profit). Skim ini memastikan produk sawit mematuhi kriteria kemampanan yang diterima oleh pasaran antarabang­sa dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk pekebun kecil di seluruh negara. Pastinya melalui pensijilan MSPO akan dapat membezakan produk sawit Malaysia dengan produk sawit keluaran negara pesaing. Skim ini juga membolehka­n produk sawit Malaysia boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi serta boleh digunakan untuk menjenama dan menghentik­an segala tohmahan negara luar terhadap produk sawit Malaysia.

Diharapkan melalui Skim MSPO, permasalah­an industri sawit negara dapat diatasi. Walaupun tekanan demi tekanan dikenakan oleh pihak antarabang­sa, namun kita amat berterima kasih kepada Court of Justice of The European Union (CJEU) apabila telah menguatkua­sakan undangunda­ng supaya pengeluar mempertimb­angkan kaedah yang betul dalam melabelkan produk makanan. − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar

sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5

− Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Bukan kakitangan MPOB.

Panjang esei di antara 500 - 700 patah perkataan Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, alamat email (jika ada), nombor kad pengenalan, nombor telefon, nombor akaun bank/nama bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport.

− Keputusan juri adalah muktamad.

− Tarikh tutup penyertaan pada 22 MAC 2018.

− Hantarkan penyertaan ke alamat:

Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit

Ibu Pejabat MPOB 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,43000 Kajang, Selangor u/p: Noor Asmawati Abdul Samad

(Unit Komunikasi Korporat)

Email: watie@mpob.gov.my

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia