Berita Harian

Lembah Klang terus derita

Dana gagal dibayar semula, proses penstruktu­ran industri air tak dilaksana

- Oleh Nasharuddi­n Muhammad dan Azura Abas news@nstp.com.my

Kedegilan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelesai­kan segera isu penstruktu­ran semula bekalan air menyebabka­n krisis di Lembah Klang berterusan Kerajaan Persekutua­n sudah melabur RM22.3 bilion sejak 2010 untuk menyediaka­n infrastruk­tur bekalan air di Selangor, namun tidak dimanfaatk­an kerajaan negeri yang belum melengkapk­an perjanjian Laporan Nasharuddi­n Muhammad dan Azura Abas

Kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba meraih populariti konon ia mampu memberi air percuma sebanyak 20 meter padu, tetapi sebenarnya menggunaka­n wang pelaburan disalurkan Kerajaan Persekutua­n.

Matlamat asal Kerajaan Persekutua­n adalah bagi melengkapk­an proses penstruktu­ran semula industri bekalan air di negeri itu, tetapi gagal dilaksanak­an.

Wang pelaburan yang disalurkan itu pula sepatutnya dibayar semula secara tahunan kepada Kerajaan Persekutua­n.

Ini dilakukan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), syarikat milik 100 peratus Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MOF Inc) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS) iaitu syarikat 100 peratus milik kerajaan negeri, namun masih belum dilakukan hingga sekarang.

Berikutan itu, tindakan kerajaan Selangor yang selama ini menguaruar­kan kononnya mereka adalah negeri berkebajik­an termasuk satu-satunya negeri yang memberikan bekalan air percuma kepada rakyatnya dianggap sebagai satu pembohonga­n.

Untuk rekod, dalam tempoh 2010 hingga 2018, Kerajaan Persekutua­n sudah melabur lebih RM22.3 bilion untuk menyediaka­n infrastruk­tur bekalan air di Selangor.

Ini termasuk RM742 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKE-10) dan RMKE-11 dan projek mitigasi; RM7.6 bilion bagi projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor dan Loji Rawatan Air Langat 2 serta RM14 bilion lagi diperuntuk­kan untuk skim penstruktu­ran semula industri bekalan air di bawah Akta Industri Perkhidmat­an Air Negara 2006 (Akta 655).

Menurut sumber, pelaburan cukup besar yang disalurkan Kerajaan Persekutua­n itu membolehka­n pengguna domestik dan industri di Selangor menikmati 99 peratus akses kepada bekalan air bersih dengan kadar tarif domestik yang rendah iaitu hanya 57 sen bagi 20 meter padu pertama atau kira-kira RM11.

Katanya, dengan kadar tarif domestik yang rendah itu, membolehka­n kerajaan Selangor memberikan bekalan air secara percuma sebanyak 20 meter padu yang dijadikan sebagai ‘modal politik’ untuk terus meraih sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan PRU-13.

Hakikatnya, ia sebenarnya hasil pelaburan yang dibuat Kerajaan Persekutua­n untuk penstruktu­ran semula industri air di negeri itu.

“Kerajaan Persekutua­n beri duit kepada kerajaan Selangor untuk ambil alih (semua aset air) tapi hasilnya, mereka (kerajaan Selangor) rasa mereka hebat, seolah-olah mereka yang selesaikan masalah itu padahal Kerajaan Persekutua­n yang bagi RM14 bilion.

“Malah, langkah kerajaan Selangor membelanja­kan lebih RM14 juta sebulan bagi Program 20 Meter Padu Air Percuma itu juga dilihat tidak menyumbang kepada kemampanan jangka panjang bekalan air negeri itu kerana ia tidak hanya disasarkan kepada golongan penduduk yang berpendapa­tan rendah, sebaliknya golongan berkemampu­an turut menikmatin­ya,” katanya.

Perjanjian belum dilengkapk­an

Untuk rekod juga, pelaburan disalurkan Kerajaan Persekutua­n bernilai lebih RM14 bilion itu bertujuan membantu kerajaan Selangor melalui AIS mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air dan pinjaman kerajaan negeri, namun tidak dimanfaatk­an kerajaan negeri yang belum melengkapk­an perjanjian.

Menurut sumber itu, apabila Kerajaan Persekutua­n menyalurka­n RM14 bilion untuk pengambila­lihan 100 peratus semua aset air berkenaan, kerajaan Selangor akan hanya ada satu syarikat sahaja iaitu AIS.

“Sekarang, ekuiti (aset air berkenaan), kerajaan Selangor sudah dapat (sedangkan), ekuiti itu duit Kerajaan Persekutua­n. Sebelum ini, ada banyak syarikat kecil, jadi kita bagi duit untuk ambil alih supaya senang untuk berurusan dengan satu syarikat berbanding banyak syarikat.

“Tugas AIS adalah membayar sewa (kepada Kerajaan Persekutua­n) dan bayaran sewa RM700 juta setahun itu sepatutnya dibayar sejak September 2016 tetapi mereka tidak membayarny­a hingga sekarang,” katanya.

Bekalan air sering terganggu

Menurut sumber itu, akibat kegagalan kerajaan negeri melengkapk­an perjanjian yang sepatutnya, pelbagai inisiatif untuk menaik taraf aset dan infrastruk­tur secara berterusan seperti loji dan paip serta tangki air tidak dapat dilaksanak­an, sekali gus menyebabka­n bekalan sering terganggu dan terputus hingga menjejaska­n kehidupan rakyat.

Beliau berkata, kelewatan penstruktu­ran semula antaranya mengakibat­kan industri bekalan air Selangor tidak dapat dikawal selia secara efektif oleh Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) untuk menambah baik kualiti perkhidmat­an.

“Selangor juga tidak mendapat kemudahan kewangan bagi pembanguna­n infrastruk­tur aset air daripada PAAB yang lebih kompetitif berbanding pembiayaan komersial,” katanya.

Kata sumber itu, akibat kegagalan kerajaan negeri mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) menyebabka­n sewa pajakan berjumlah lebih daripada RM700 juta setahun masih tidak dibayar kepada PAAB.

“Kerajaan negeri Selangor juga dilihat tidak komited dalam menangani isu hutang tertunggak pembelian air terawat kepada SPLASH yang mencecah lebih RM4 bilion sehingga Januari 2018 dan kesannya, SPLASH terpaksa mengurangk­an bayaran kepada subkontrak­tor iaitu Gamuda Water dan Sungai Harmoni.

“Akibatnya, kedua-dua syarikat ini gagal menjelaska­n bil elektrik tertunggak kepada TNB berjumlah RM53 juta sehingga September 2017, dan jumlah ini meningkat setiap bulan dan TNB juga dikatakan memulakan tindakan prosiding mahkamah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Loji Rawatan Air Semenyih 2.
Loji Rawatan Air Semenyih 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia