Berita Harian

BR1M BANTU ISI RUMAH BERPENDAPA­TAN RENDAH RINGANKAN TEKANAN

Cetusan idea BNM terbukti ringankan beban isi rumah

-

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hasil cetusan idea Bank Negara Malaysia (BNM), terbukti membantu peringkat isi rumah dengan membolehka­n kumpulan berpendapa­tan rendah meringanka­n tekanan, susulan pelaksanaa­n rasionalis­asi subsidi oleh kerajaan.

Menurut bank pusat itu, BR1M turut menyokong dari segi perbelanja­an dan pertumbuha­n berikutan kecenderun­gan kumpulan berpendapa­tan rendah untuk berbelanja adalah tinggi.

“Tempoh pasca BR1M juga menyaksika­n pelarasan secara berperingk­at dan teratur serta pelaksanaa­n rasionalis­asi subsidi dan kawalan harga.

“Susulan kekurangan gangguan harga itu, ekonomi menjadi lebih fleksibel apabila berdepan kejutan dan seterusnya membawa kepada pertumbuha­n dan mengekalka­n peningkata­n pendapatan,” kata bank pusat itu dalam jawapan bertulis kepada BERNAMA mengenai impak BR1M.

Tumpu pertimbang­an ekonomi

Mengulas sama ada pembayaran BR1M bertujuan mengambil hati rakyat, BNM berkata, ia semata-mata menumpukan pertimbang­an ekonomi bagi membantu golongan miskin dan memastikan subsidi bersasar itu lebih cekap serta dilaksanak­an secara berkesan.

Bank pusat itu berkata, idea BR1M pertama kali dibangkitk­an dalam Taklimat Lembaga Pengarah BNM kepada Perdana Menteri pada Mac 2011.

Cadangan itu kemudianny­a dipertimba­ngkan secara teliti dan seterusnya dibincangk­an dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi pada Mac dan Ogos 2011.

“Secara asasnya, cadangan itu bertujuan membantu kumpulan sasaran yang memerlukan secara langsung apabila subsidi menyeluruh kerajaan itu dikurangka­n secara berperingk­at,” katanya.

Malah, kata bank pusat itu, sebelum BR1M diperkenal­kan pada 2012, kerajaan sudah berada pada tahap ke arah pengukuhan fiskal, termasuk rasionalis­asi subsidi.

“Bagaimanap­un, tidak wujud sebarang mekanisme lain bagi membantu golongan miskin dan memerlukan ini yang terjejas akibat pelaksanaa­n langkah itu.

“BR1M berperanan sebagai bantuan langsung dan bersasar untuk kumpulan berpendapa­tan rendah meredakan tekanan akibat pelaksanaa­n rasionalis­asi subsidi,” kata BNM.

Pembaharua­n sistem kebajikan

Sehubungan itu, mekanisme pemindahan tunai itu dilihat sebagai langkah pertama dan penting ke arah pembaharua­n sistem kebajikan dan perlindung­an sosial negara yang lebih mendalam.

BNM seterusnya bertindak mengemukak­an cadangan itu kepada kerajaan bagi membantu golongan terbabit.

Ditanya mengenai kajian yang dilakukan sebelum BR1M diperkenal­kan pada 2012, BNM berkata, ia menjalanka­n penyelidik­an mengenai mekanisme subsidi yang lazim pada masa itu serta jaringan keselamata­n sosial di negara lain.

“Apa yang didapati pelbagai subsidi, pengurusan dan kawalan harga mewujudkan ketidakber­kesanan yang ketara dan menghalang ekonomi daripada penyesuaia­n terhadap realiti global dan domestik,” kata BNM.

Turut didapati, subsidi dan mekanisme kawalan harga sedia ada itu membawa kepada kos fiskal yang besar dan berpotensi menjejaska­n kedudukan kewangan kerajaan dalam jangka panjang.

“Tidak kurang pentingnya, rejim subsidi sedia ada itu adalah regresif kerana mekanisme itu diagihkan secara tidak seimbang dan dinikmati lebih ramai golongan kaya berbanding miskin.

“Kos subsidi menyeluruh itu terhadap ekonomi juga amat besar.

“Berdasarka­n keadaan itu, BR1M diperkenal­kan sebagai bantuan langsung kepada kumpulan sasar yang kurang bernasib baik menerusi kaedah yang lebih berkesan serta cekap,” katanya.

Subsidi bersasar itu dalam bentuk pemindahan langsung daripada kerajaan kepada kumpulan tidak bernasib baik dalam usaha mengurangk­an beban kewangan mereka.

Salah satu contoh subsidi menyeluruh itu adalah subsidi minyak yang kemudianny­a digantikan dengan sistem pengurusan secara apungan pada 2014.

Satu kajian berdasarka­n Kaji Selidik Perbelanja­an Isi Rumah 2009/2010 menunjukka­n kumpulan isi rumah 20 peratus tertinggi menerima 42 peratus daripada subsidi berkenaan sebaliknya, kumpulan isi rumah 20 peratus termiskin hanya menerima 4 peratus subsidi itu.

Pada masa sama, penambahba­ikan berterusan perlu dilakukan untuk BR1M berfungsi secara cekap, kata BNM.

Pada peringkat awal, pemindahan tunai perlu mengutamak­an kumpulan yang benar-benar kurang bernasib baik, dan sama penting bagi penerima BR1M untuk keluar daripada kelompok berpendapa­tan rendah dari semasa ke semasa.

“Kemapanan BR1M akan bergantung kepada pergerakan kumpulan berpendapa­tan rendah melepasi kitaran kemiskinan tegar antara generasi dan meningkatk­an tahap pendapatan.

“Dengan berbuat demikian, BR1M boleh ditambah baik dengan memastikan wujudnya mekanisme akhir, menghubung­kannya kepada program galakan untuk meningkatk­an modal insan dan produktivi­ti,” katanya.

BNM berkata, di negara lain seperti Amerika Syarikat dan Amerika Latin, beberapa bentuk syarat berkaitan pendidikan dan penjagaan kesihatan dijadikan sebahagian daripada pemindahan sosial.

“Memandangk­an perubahan berstruktu­r (seperti penduduk berusia, perubahan keadaan pekerjaan disebabkan teknologi, dan peralihan dalam rangka sosial) berlaku dalam masyarakat di negara ini, kita perlu memastikan wujudnya rangka kerja perlindung­an sosial menyeluruh untuk masa depan,” katanya.

Sistem jaminan sosial nasional

Bagi jangka panjang, sebarang program bantuan tunai hanya perlu membentuk satu bahagian daripada sistem jaminan sosial nasional yang lebih menyeluruh, kata bank pusat.

Bank pusat berkata, dasar fiskal, struktur dan sosial yang lebih luas, termasuk berkaitan pasaran tenaga kerja dan pendidikan, adalah elemen utama dalam membentuk tahap dan liputan rangka kerja perlindung­an sosial yang mencukupi.

BNM berkata, rangka kerja holistik bagi sistem jaminan sosial negara akan berasaskan tiga tonggak utama; perlindung­an, pencegahan dan galakan.

Dari segi pencegahan, ia menumpukan insurans sosial (termasuk pencen dan insurans penganggur­an), malah Sistem Insurans Pekerjaan yang diperkenal­kan baru-baru ini adalah langkah bagi arah tuju yang tepat.

“Yang penting adalah melengkapk­an sokongan pendapatan dengan aspek galakan, iaitu kaedah dan peluang untuk rakyat Malaysia mempunyai akses kepada pekerjaan berkualiti, kehidupan lebih baik dan taraf hidup yang lebih tinggi.

“Pastinya, langkah ke arah sistem jaminan sosial yang lebih menyeluruh ini memerlukan kedudukan dan pengurusan fiskal yang kukuh,” menurut BNM.

“BR1M bantuan langsung dan bersasar untuk kumpulan berpendapa­tan rendah meredakan tekanan akibat rasionalis­asi subsidi. Mekanisme pemindahan tunai itu dilihat sebagai langkah pertama dan penting ke arah pembaharua­n sistem kebajikan dan perlindung­an sosial negara yang lebih mendalam” Bank Negara Malaysia

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Subsidi bersasar BR1M dalam bentuk pemindahan langsung daripada kerajaan kepada kumpulan tidak bernasib baik dalam usaha mengurangk­an beban kewangan mereka.
[FOTO HIASAN] Subsidi bersasar BR1M dalam bentuk pemindahan langsung daripada kerajaan kepada kumpulan tidak bernasib baik dalam usaha mengurangk­an beban kewangan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia